Sabtu, 15 Disember 2012

Kenangan-kenanganku 2012


Slm...
Lamanye tak wat n3 ni,lately mcm mood tak berapa bagus nak update maybe sbb bz ckit uruskan famili..Anak-anak tgh tidur ni bleh lah mengimbau kembali segala peristiwa suka duka sepanjang thn ni sebelum 2012 menutup tirainya meninggalkan kita beberapa minggu lagi...

Sepanjang awal tahun sibuk checkup je sbb pregnant

March--
Pergi genting 3 hari 2 malam bermalam di first world amik deluxe room jer,ada freezer,tv,katil king dan 2 pillow + 2 extra pillow..cukup lah untuk kami berlima waktu tu...hehehee






Jun--
Pergi ke Tiara Beach Resort 3 hari 2 malam..Beloved brother yang belanja,masa tu kandungan dah sarat tapi pasal org dah ajak so layan je lah demi anak-anak,lagi pun cuti sekolah kan...






Pergi Bukit Malawati jalan-jalan tgk monyet dan binatang-binatang lain..Sebenarnya baru balik dari kenduri kahwin di Sabak Bernam,alang2 singgah lah sini jap layankan anak-anak..Paling tak bleh lupa dekat sini order cendol durian budjet cam sedap kot sebab org beratur panjang tapi rasanya manis semata-mata mmg makanan kasi potong kaki...hahaha terus tk nak bagi kt hubby then hubby pon tk nak bagi kat abg dia..dh la preggy ada gdm mkn manis2 mau bleh pengsan..huhuhuhu


Genting Ria Apartment : Rumah MBPJ..sangat luas dan selesa,ada mase ade rezeki bleh datang lagi..time ni pregnant dah nak masuk 8 bulan,naik genting theme park dgn perut yg boyot,aduhai tuhan je tahu kudrat aku time tu..





August--
Best moments..bersalin pd awal ogos sama birthday dgn pak cik amy nya di tahun naga pun sama..alhamdulillah,lena dia dipelukku,empuk.
Kenangan sakit sorang2 yg xbleh dilupakan,sakit nk beranak & pegi hospital sorang2,xmau ckap kt hubby kononnya nk tunjuk kuat hebat strong & semua la sbb dh ade pnglaman sblum ni bila aku ckap sakit, hubby gelabah lelebih,semua keja tunggang terbalik dibuatnyaaa..dlm hati tuhan jerk tahu time nih..waaaaaaaaaaaaaaaa...

Disebabkn cezer,berkampung 3hari kat PPUM,mungkin kali ke-3 opret dh xberapa nk sakit sgt dah kot,alah bisa tegal biasa,alhamdulillah senang nak bf baby.Lpas cezer hb darah,gula dlm darah kembali normal,alhamdulillah..Ini hidangan hosp,mmg tak lalu le nk mkn dgn cara masakannyer tp nsib baik mertua kirim ikan bilis goreng dgn bwg ni baru la ade mood ckit nk mkn..



October--
Anjang atau Norazizan adik ipar menamatkan zaman bujangnya dgn Muhamad..Semoga berbahagia ke akhir hayat,now dah 2months++ pregnant,caya lah anjang bunting pelamin..alhamdulillah rezeki...





November--
Bukit Gambang waterpark...Sponsor from my beloved mumm for our family day..memang enjoy sgt sbab ble berombak2..hehehe..duduk 2hari 1mlm jer dekat homestay..msk sendiri senang dah bawak semua barang2 masak so takde lah kejar kejaran nak gi cari mkn...






Ahad, 4 November 2012

Gangguan Jin

Wanita sukar hamil akibat gangguan jin

Masalah ini boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari.

Masalah pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah sukar hamil.

Wahid Abdul Salam Bali membahagikan masalah kesukaran hamil itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kesukaran untuk hamil yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa hari hamil, dengan mengoyak otot pada rahim wanita sehingga menyebabkan pendarahan lalu turun lah ia seperti darah haid atau darah dari keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.

Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi.
Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:

Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pesakit bagi menyembuhkan kemandulan akibat gangguan jin jin iaitu:
  1. Pesakit perlu mendengar ayat-ayat ruqyah 3 kali sehari.
  2. Membaca ataupun mendengar surah a-Saffat setiap pagi.
  3. Membaca ataupun mendengar surah al-Maarij sebelum tidur.
  4. Bacakan surah al-Fatihah, Ayat Kursi, ayat-ayat akhir surah al-Baqarah, ayat-ayat akhir surah ali-Imran dan muawwizat sebanyak 7 kali pada minyak habbatus sauda’. Kemudian dilumurkan pada dada, muka dan tulang punggung sebelum tidur.
  5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada madu lebah asli. kemudia diminum sekali sehari setiap hari sebelum tidur.

Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 bulan di samping taat melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ini supaya, pesakit termasuk dalam golongan orang mukmin yang disembuhkan oleh Allah s.w.t. dengan al-Quran. Allah s.w.t. menyatakan:

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang beriman dan al-Quran itu tidaklah menanbah kepada orang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Israk : 82

Ahad, 28 Oktober 2012

JiKa iTu YaNg TeRbAiK..UtK Ku...

Perasaan rindu kat kawan2 sgt membuak2 terutama skali kawan2 kt kolej dulu2..Selalu mereka2 buat gathering, reunion dan macam2 lagi perjumpaan tetap aku tidak berkesempatan utk join mereka.. :(
En.Suami udah tak kasi ku utk bersosial terutama dgn kawan2 kolej, ex office mate dan yang sekutu dengannya..Sehingga ada segelintir member mcm fedup dh nak invite aku utk apa2 gathering mcm dah tahu dan kompom akan dpt alasan yang sama..Sedey nyer kan..tgk mcm ada reunion & diorg tk add pon nama aku..huhuhu,padahal aku ler yg agak kecoh ribut suatu ketika dahulu..hurmmm..Aku faham sgt lah bila dah jadi mcm ni,bukan salah sesiapa pun cuma keadaan sgt tidak mengizinkan..Org lain walaupun dah kahwin, ada anak2 masih bleh join jugak klau ade ape2 gathering tp aku...??? huhuhu

Aku tidak salahkan suami yg tdk mengizinkan, mungkin ada reason2 tertentu yang tidak senang baginya utk membenarkan aku keluar dgn mereka..Katanya dia takut aku lupa jln balik umah (lupa diri dan terpengaruh)..Klau diikutkan boleh ke aku lupa diri, takkan lah bleh terpengaruh plak lagi pun aku dah cukup dewasa dah jdi mak org pun, beza setahun je pun dari suami...huhuhu...nasib lah...Kawan2 aku pun semua dah byk berubah bila kebanyakannya dah kahwin still bleh jumpa jugak sesama diorang..Yg dulu2 punyer citer tu hanya old stories, tidak perlulah dipertikaikan kembali jahat atau baik seseorang.Setiap manusia tak lepas dari kesalahan, dulu2 aku berkawan dgn diorang tidak lah aku mengikut atau terpengaruh dgn benda2 tak elok...Tapi apa2 pun aku bersyukur masih bleh keep in touch dgn kwn2 kt alam maya ni...Aku terpaksa akur dengan semua tu memandangkan suami pun tak pernah melibatkan diri dlm sebarang event, gathering or whatever..hidupnya 24jam++ hanya membanting tulang utk mencari rezeki...Suami dan anak2 perkara plg penting dlm hidup aku sekarang, bleh ke aku keluar jumpa kwn2 dgn perasaan yg tenang dan happy tanpa restu dari suami..tentu sekali tidak, gelisah resah aje jadinya nanti. Lagi jatuh dosa free pulak tuh..Walaupun dah tak boleh bersosial dgn kawan2, hujung minggu aku diganti dgn bersosial dgn famili...famili aku, famili suami dan diserikan lagi dgn anak2 serta anak2 buah..Itu lah yg terjadi selama aku berkahwin, mungkin itu yg lebih indah, lebih sesuai utk hidup aku dan suami.....

Rabu, 17 Oktober 2012

Anjang is going to get married...

Anjang dh nak menamatkan zaman sunti nya dgn jejaka dari kelantan pd hari jumaat ni..Bukan senang nk decide pilihan bagi dirinya,mana tak nya b4 bertunang byk benar pilihan yg ada tapi mungkin dah tersurat jejaka bertuah tu adalah Encik Mad kita dari klate..Dulu dia pnah ckp nk cari suami hensem mcm hubby aku..wihihihi..hensem ke...?kolu ckp sedap mata memandang ok lah..tp klau 'hensem' tu owhhh sungguh tk leh terima..mesti perasan laki aku tu kalu dia teringat balik...hrmmmm..dan anjang pnah bgtahu nak cari org klate katanya,untung2 dpt yg baik hati mcm aku...uhuk2, baik ke? mcm ni dia kata baik..?appreciate lah klau itu yg dia pikir ttg aku...Tapi dlm dunia ni takde org yg perfect, semua yg perfect datang dariNYA...lain org, lain cara, lain citarasa, lain pendapat, lain pemikiran..Tepuk dada tanya selera, dunia luas terbentang..pilih lah jalan yang terang atau pun paling tidak pilih lah yg jalan yang ada cahaya...begitu juga seumpamanya, jika diberi byk pilihan, pilih lah pasangan yang sesuai dan memahami, bukan mengikut citarasa semata2..kerana hidup suami isteri pastinya nak kekal lama bukan sekadar teman utk suka2...

Ahad, 14 Oktober 2012

Arrgggggggghhhhhhhhhhh penat

Aku penat lah belakangan ni..bayangkan lah baru lepas 2bln pembedahan bersalin, belum boleh angkat berat,belum boleh mkn sebarang mkn sbb masih bf...jenuh nyer lah..Ape yang tak berapa gemar tu bila tugas sebagai isteri/ibu datang bertimpa-timpa atau sekaligus...Ini lah kesan jika tidak pandai merancang atau menjarakkan kelahiran, betul juga kata kawan2 kita perlu fokus dlm membesar/mendidik anak dengan sebaik mungkin supaya mereka dapat mempelajari setiap langkah tutur dengan lebih berkesan tetapi walau bagaimanapun aku tetap bersyukur, ini rezeki utk aku..rezeki dunia akhirat...siapa aku utk menentukan segalanya...Allah takkan menguji hambaNYA yang tidak mampu bertahan...Anak2 anugerahNYA yang paling berharga, selepas setahun 3 bulan berkahwin hidup aku berubah dengan kehadiran anak pertama, kedua, ketiga dan keempat...Semuanya dalam masa terdekat dan kadang2 aku perlukan bantuan suami untuk menguruskan anak-anak yang semuanya masih kecil..Alhamdulillah dapat suami yang penyayang dan ringan tulang..Alhamdulillah hidup aku tak pernah sunyi sepi dan suram..Kalau ada masalah, berita tak best, atau apa sahaja yang menyentuh perasaan pun aku tak sempat nak bersedih bila anak-anak datang duduk menghimpit di sekeliling..Begitu ceria secerianya hidup aku ni dengan anak-anak, rasa seperti baru bangun dari tidur je dah bertukar senja kena uruskan anak-anak mandi dan makan lepas tu snek ringan dan susu..
Time hubby keluar mencari rezeki bila baby nangis nak bf...tiba2 yang kakak pun nak susu juga...diikuti abang azam pula nak berteman ke bilik air pulak sbb baru belaja tak pakai pampers....dlm masa sama si sulong suruh sediakan nasi lah pulak, jika lambat dia merajuk dan masam muka...Kudratku masih mampu buat semua tu cuma aku tak yakin bagaimana aku nak tunaikan permintaan anak-anak tu dlm satu masa yang sama..Bila baby dah tido, aku melabuhkan bdn mauk lending sama dah dengar anak-anak bergaduh kat luar, baby yang baru diulit mimpi bangun balik sebab terdengar bising kat luar bilik sbb abg2nya tgh bergaduh..mereka bergaduh tangan kaki mulut semua pakai..Lepas tu adalah yang menangis..Kalau abahnya ada pasti dah kena rotan tapi aku tak sampai hati jugak nak rotan terkenangkan sakit beranak lupakan terus tentang rotan..Pujuk baby, pujuk abg2 yang menangis, umpan gula2...dah settle...mula nak masak je si kakak yak lah, abg2 berebut mainan plak lah dan macam2 lagi....Ohhhhh ia tak semudah yang disangka...bertimpa2...masak tergendala, basuh kain apa lagi...Tiba dah tengahari hubby dah balik nak makan, masak blum settle...uhuk2...Hubby penah nak beli lauk dah siap tapi aku tak bagi...takut tak bersih sbb pnah jumpa lalat dlm kuah..itu aku mmg pantang..biarlah masak ringkas janji yakin bersih...Aku terpikir jugak org dulu2 anak ramai camana ek?huhuhu..entah lah..Aku berdoa semoga aku dan hubby jadi parents yang baik sampai bila2..TAK MAHU ANAK-ANAK RASA KEKURANGAN WALAU SEDIKIT PUN..Kami akan cuba sehabis boleh demi anak-anak tersayang..Insyaallah...

:: Penat seharian ke sana ke sini ke mari sibuk dgn anak-anak TAK KURUS2 PUN! bak kata Kak Ngah.. hehehe, kan tgh bahagia ni mmg la gumuks.. :p


Isnin, 8 Oktober 2012

Kebenganngan,ohhh hati tenang lah dikau...

Apa nak buat bila kita tengah bengang dgn someone yang ntah lah nak kata kurang cerdik pun tidak tapi tidak pandai menilai sesuatu kemungkinan yang bakal terjadi aka tak reti buat keputusan,tak reti pikir kesan2 atas tindakan,tak pandai menjaga perasan org penting,tak tahu menghargai situasi alam sekelilingnya..dan semua lah yang seumpama dan sekutu dgn nya..bengang tu bengang juga tapi siapa lah kita untuk menentukan segala hari2 penting dlm hidup dia...WHAT??? no kami mmg bukan siapa2 untuk membuat penentuan but one day kita lihat kalau-kalau dia cari kita utk sesuatu benda atau mungkin dia kurang sedar apa yang dia buat tu btol atau tidak..Hopefully sesiapa yang bakal berkahwin, nasihat aku pastikan you all ingat susah senang saudara2 terdekat anda yang mungkin tak berapa penting dah selepas you all dpt pasangan masing2 ni, bukan minta dilayan bagai raja atau sebagainya cuma minta hargai lah sikit situasi yang anda sedia maklum,perbincangan adalah jalan yang terbaik sebelum anda decide kan sesuatu keputusan yang kurang menyenangkan perasaan famili anda..

-->Tak mengapalah suamiku sayang,whatever happened about our famili i selalu ade di sisi u and u bleh je luah kebengangngan u kat i coz i pun sedikit sebanyak terkena gak tempias kebengangngan tu.Sama2 kita doa mereka akan sedar suatu masa nanti, semua org tahu air yg dicincang takkan putus..kecuali i bawak 1/2 air tu masuk dlm gelas and minum..hahahahahahaa

Isnin, 17 September 2012

Lagi-lagi kes buang bayi

Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/kejam-buang-bayi-dari-tingkat-3-flat.html#ixzz26iuB7yla

Tak ada gunanya kita marah2 wanita atau sesiapa yang terlibat..phsycology dgn para pelaku melalui undang2..cuba jgn sabitkan kesalahan apa2 pada yang telah membuang bayi ni,tk perlu lah nak siasat bayi siapa dan siapa yg buang atau apa motif,of course lah motifnya tetap sama..at least remaja2 yg dah buat silap terlanjur sehingga mengandung masih mahu melahirkan bayi,paling tidak dia tdk akan membunuh atau tinggalkan bayi nya di mana2 tmpat awam yg selamat jika tidak disabitkan kesalahan..Mereka tdk dpt berbuat keputusan yg waras krn dibendung rasa ketakutan dan keadaan yg terdesak..mereka hanya ingin menghapuskan bukti untuk menutup keaiban semata2..Bukan lah bermaksud saya menggalakkan maksiat berleluasa di kalangan remaja cuma kdg2 kita perlu melihat pandangan yang lebih jauh demi menyelamatkan satu nyawa..Pusat kebajikan byk di malaysia dan pastinya kerajaan mampu menanggung nasib bayi-bayi itu.. 

Sekarang kalau nak mengelak memang dah tak dapat,apa2 kempen yang berlangsung untuk mengelak kes pembuangan bayi di malaysia semuanya kurang berhasil malah semakin menjadi-jadi..Dalam kita sibuk dgn hal-hal negara atau dunia politik skrg ni dah berpuluh2 nyawa bayi tidak dapat diselamatkan..Kalau lah kerajaan bijak menanganinya dgn mengkaji balik undang-undang yang mensabitkan mereka atas kesalahan tersebut pasti ianya lebih mudah..Gejala maksiat memang semakin berleluasa di kalangan remaja,mana tidaknya sekarang dunia dah canggih,berpengaruh,byk ikut trend barat jadi tidak hairanlah budaya barat pun diambil pakai di malaysia..Jauhkan lah semua ini dari keturunanku..amin...wallahua'lam...

Jumaat, 7 September 2012

Jadual Dah Penuh...

Salam..Lamanyer tak update..Lately sibuk lah dgn new job membuatkan masa tu sangat2 fixed everyday kecuali hari minggu tu pun kalau tak keluar ke mana2..maklumlah masih berpantang..Klau dah habis pantang mmg keluar cuci mata dah..heheeh
Bukan lah sibuk mana pun sbnarnya..mcm biasa setiap isnin kerja2 mengklik kat internet tu lah,cari duit poket sikit wat beli makeup atau perfume...Klau setiap isnin tu jam 2ptg smpai 5ptg aku duduk depan tv tak berganjak pun kecuali la bila iklan ehehe..ooopsss baby tetap ada di sisi bila dia memerlukan susu aku dah ready anytime..katil dia kat sebelah tempat lepaking aku menonton tv jer..
Mula jam 2ptg layan DIA JANTUNG HATIKU dah ready tercongok depan tv sambil ada baby kat dlm katil kat sebelah..Anak2 yg lain pergi lah main mainan korang atau main ps2 yer jgn kacau umi atau request nak tukar siaran plak..Habis jer citer tu sambung plak MARA CLARA jam 3ptg hingga 4ptg..Sebenarnya dah lama layan cite ni b4 bersalin lagi tau..Nasib baik aku bersalin hari jumaat time cite ni tak de sbb dia isnin hingga khamis jer..Alhamdulillah blum terlepas satu episod pun lagi setakat ni..
Habis je cite MARA CLARA tu mesti ada berita terkini selepas tu baru lah continue dgn cite lain plak slot azalea DAN BILA ESOK 4ptg hingga 5ptg..Jalan cite ni agak slow sikit tapi aku layan kan jugaklah Rita Rudaini punya pasal..ok2 jer....Lepas habis jer cite ni aku rehat lah bagi anak2 tgk kartun diorang..time tu lah nak mandi kejap ke,smbhyg dan sebagainya sambil tunggu encik suami balik..atau kalau rajin aku masak siap2 yg ringkas2 untuk mkn mlm sbb mlm nanti nak continue SAIFUL NITA 10.30mlm..lambatnya nak tunggu tu kecuali hari khamis waktunya beza ckit mula jam 9.30mlm..Cite ni best gak ntahlah tak tahu ape yg bestnya maybe ada tarikan la ckit berbanding cerita yang sebelum ni tajuk 7 Ramadhan tu...
So memang penuh la kan masa lapang aku...hihihi,penuh dgn tgk tv buang masa jer..kuikuikui...Utk aku yang kuat tdo ok lah sambil berjaga iar segar biji mata nak jaga baby kan..Kalau aku tertidur sian lak baby klu nangis nak susu,nanti aku bangun dgn mamai lagi lambat plak bagi susu kat baby aniq...Kalau tgk tv ni ok jugak ler tapi kadang2 tak tahn tertidur gak aku dpn tv bila dah tak tahan sangat sbb berjaga malam..huhuhu..


Selasa, 14 Ogos 2012

Gave Birth To Muhammad Aniq Iqram

Hari ni anak bongsu umi dah 5 hari..Susu badan pun dah banyak cikit dari sebelum mula-mula bersalin..Alhamdulillah..N3 lepas aku baru cite tentang jalan- jalann to Tesco cari barang baby dan barang dapur.Masa tu dah ada mengalami contraction setiap 1 jam..Sakit mcm mana pun tahan juga lah lagi pun alang2 besok pun mmg nak pergi checkup kat PPUM.

Pada keesokannya 10/08/2012 bangun 4.45am siapkan sahur,lepas tu termenung atas katil buat muka blurrr..dlm hati masih berfikir aku ni sakit sebenarnya tapi mls la nak layankan sakit tu dan mls nk bagi tau kat hubby takut dia risau pulak nak bagi aku pergi checkup sorang diri kt klinik nanti..Sape pulak nak tgk ank2 kt umh kalau dia nak teman aku..

Jadi dgn langkah yg tak berapa nak langkah tu aku siapkan amran utk ke sekolah then aku siapkan diri lah utk pergi checkup,sebelum pergi tu mintak hubby cium cikit,pastu aku cium anak aku azam dan syasya yg masih lena dibuai mimpi.Aku pesan kt hubby aku dh gorengkan nasi utk ank-ank makan ada atas meja bwh tudung saji..Hubby tgk je kat aku dgn perasaan lain macam pelik ajer plak bini aku kali ni..huhu whatever lah sbb aku tgh menahan sakit....

Sampai kt PPUM tu dlm pukul 8.15am ambil nombor giliran terus dapatkan seat dekat dengan kaunter...Tgh duduk relaks tiba2 sakit tu datang memulas2 perut aku dari belakang hingga ke depan menyebabkan aku tak boleh bernafas dgn baik walaupun duduk..Orang seat sebelah dh takut tgk aku dan kalau tak silap dia ade tanya sesuatu kt aku tapi aku tak pasti apa yg dia tanya,sakit tu makin kerap setiap 15 minit terus aku bangun pergi kaunter dan aku ckp "Nurse! saya rasa sakit"..Bila nurse tu tgk muka aku dia pun jadi takut agaknya terus cari fail aku dan bawa aku terus masuk bilik doktor..

Benda yang paling aku tak suka bila jumpa doktor tambah pulak doktor lelaki..kalau dah sakit sudah pasti dia akan seluk lah cek jln kt 'tutt'.."Puan u cannot wait la sebab u dah ada jln ni 2cm,today we send u for scissor ye"..Tak angguk,tak geleng,tak cakap ape2 mcm lah aku berhak jawab sbb dari awal2 lagi dia dah mention dh ade previous 2 scissor dan tak boleh tunggu sakit atau pecah ketuban takut bila termeneran and baby keluar rahim boleh terkoyak akibat dari previous yang dulu2 punyer..

Sampai kat labour room doctor2 semua discuss ape bnda ntah ler,aku pun tak paham..Yg aku tahu kejap lagi berlangsung emergency scissor utk keluarkan baby..Doktor suruh call hubby datang,aku tanya balik kalu hubby tak payah dtg boleh tak sbb dia jaga anak kt umh..Doktor kerut kening dgr aku tanya mcm tu ape dia membebel bla2 bla bla aku tak paham habis tu tgh menahan sakit kan knp nk tunggu hubby aku dtg pulak dah,datang bukan bleh buat ape2 pun..Tiub kencing dah dipasang dan byk kali nurse bagi aku telan painkiller ni sbb dah tak tahan..Aku dh msj hubby suruh datang,20 minit lepas tu baru dia sampai..sempat aku slm dan minta maaf  dan dia hanya angguk kepala je lah tak leh nk ckp ape dpn doctor2 dan nurse yg ramai,kalu ckp lebih2 nti ade yg touching meleleh plak..

Jam 3.45pm katil aku ditolak masuk ke bilik pembedahan,hanya ini shja yang sempat aku baca dlm hati 
"Lailaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin" Aku nk berselawat tapi tak terkeluar.Berterusan hanya duk ulang2 doa yang sama je dari tadi..Pakar bius dtg dan biuskan aku separuh badan dekat tulang belakang..lepas tu aku dah tak rasa sakit apa-apa dah,otomatik hilang terus dan kaki aku terus kebas-kebas dan boleh gerak ckit2 je.
Gambar Hiasan drzubaidi.com
Pukul 4.10pm bermula lah operasi pembedahan tersebut..walaupun dia letak penghadang kat atas dada aku tapi aku masih dapat melihat bagaimana pembedahan tersebut berlaku melalui pantulan lampu tu..Satu persatu bermula dari kulit luar diikuti setiap lapisan perutku yg tebal tu dibelah sehingga lah sampai ke uterus/rahim ku dibelah,aduhai darah pun keluar membuak-buak aku tgk..hisshhhh ngerinyer rasa walaupun tak sakit..bila tgk2 diorang mcm tgh siang ikan pun ada,mungkin dah biasa sebab mmg bidang diorang kan..
Pada jam 4.25pm bayi dikeluarkan dan terdengar lah suara tangisan bayi buat aku sedikit rasa lega dan bersyukur padaNYA atas anugerah yang terindah ini..

Khamis, 9 Ogos 2012

Jalan-Jalan Buang Masa ;p

Sekarang kita sudah memasuki 10 Malam terakhir di bulan Ramadhan..Kejap sungguh masa berlalu Ramadhan bakal meninggalkan kita disusuli Syawal yang mana hari penuh bermakna bagi kanak-kanak terutamanya kumpul duit raya,makan sedap2,jalan sana sini begitu juga org dewasa,dlm hari yg mulia ini lah kita berpeluang utk bermaaf maafan dgn sahabat2 saudara mara jauh dekat dan sebagainya...

Dan....aku pulak masih menghitung hari...detik itu...detik utk melahirkan...entah bila... hehehe..takut,gembira,berdebar semua ada dlm dada buat masa ni macam lah kali pertama nak bersalin kan...Perasaan tu lumrah datang secara otomatik dlm setiap jiwa wanita hamil..Masa kali pertama bersalin pun masih terfikir lagi kenangan tak boleh aku lupa tu..mula2 nak bersalin (2cm) malu2 kucing kononnya,tudung masih di kepala walaupun terbaring tapi bila dah 5-6cm (Sakit nak beranak) habes segala nya hilang walau seurat benang pun,muka ni dah macam aksi yang hodoh dah aku rasa dlm hidup aku sebab menahan sakit, yang tadi kononnya malu2 nak kangkang skang dah terbungkang tertendang nurse lagi pulak tuh..haishhh! semua tu spontan tanpa aku sedari dan tak sempat langsung nak menjadi sivik sebab penangan sakit bersalin punya hal...

Ape dah aku merepek ni dah lari topik..Sementara aku nak tunggu hari ni sempat lah aku kemas barang2 baby,pakai yang ada je ni,mana yang boleh pakai alhamdulillah tapi banyak barang gak yg tak cukup terpakasa hubby bawak gi shopping tadi cari apa yang patut..Maklumlah kalu org lelaki ni dia reti ke nak cari barang2 baby kalu kita tak ada...?Kang nanti kejap2 call kita je spanjang masa..Call bukan nak tanya kbr atau nk ckp 'I LOVE U' kt kita pon cuma nak tanya brg ape nk beli,ape brandnya,bagaimanakah rupanya,brpa biasa harganya...Semua sebijik2 nak tanya baek aku gi cari sendiri tinggal hubby tolong bawak duit jerk..

Dah abes suma beli barang baby dan brg dapur ckit2 kt tesco puchong singgah lah tempat foodcourt ingat nak mamam lah sbb ank dh lapar tapi mcm tak banyak pilihan makanan yang sesuai utk budak2,byk kedai tutup..mungkin sebab bulan puasa agaknya.At last makan kt Macdonald je lah..Eiiii bosan aku dgn fastfood ni...nak tak nak itu je pilihan yang ada,daripada aku pikir pjg nak cari kedai makan luar dari tesco nanti kebulur plak anak2 nih..Boleh la Macdonald pun..
My name is Azam!
Mcm biasa 2 drumstick for everyone...aku n hubby mkn aiskrim jerk,ntah tak berapa minat lah benda2 mcm ni..Azam plak sebab dh lapar sgt lepas makan tulang ayam di balingnye sesuka hati buat mcm umh sendiri hampir terkena sorang gurl yang tgh duduk tunggu pakwe amik makanan kt kaunter..Adoi! sabar je lah,malu nyer aku..walaupun tak kena dia tp dgn muka merahnyer aku memohon maaf lah kat dia..Dia hanya angguk dan senyum..Jadi aku sedikit lega..Sedang leka menyuap si Syasya  ni mkn ayam tiba2.....Piung!!! ada tulang drumstick melintas depan mata aku lagi sekali...Ya Allah kali ni betul2 kena kt meja pempuan tadi..Adoi makkk!!! ape aku nak buat nih,aku marah la si Azam tu tp aku minta maaf berkali2 kat pempuan tu..Nasib baik time tu makanan dia belum sampai..Beberapa saat lepas kejadian tu Pak we dia dtg bwk makanan,terus dia ajak pak we nya cari port lain..Huh!! malu + segan +lega rasanya..lega sbb diorg pi tmpat lain..Encik hubby dah tension dgn budak2 ni dia dah cepat2 suruh habiskan makanan dan ajak balik..huhuhu..Tersedak aku nak menghabiskan bnda2 mkanan yg tk berapa aku minat tu dgn laju..takut badmood plak kang si hubby melayan 2 hero yg mcm2 kerenah tuh...

Isnin, 6 Ogos 2012

Mengenal Pasti Jenis Kontraksi Kehamilan

Pasti kebanyakan wanita yang pertama kali hamil begitu keliru sewaktu mengalami kontraksi dan sebarang kesakitan yang dialami apabila menjelma di akhir terismeter kehamilan sama ada kontraksi tersebut merupakan false labour iaitu kontraksi palsu (Braxton Hicks) atau kontraksi tanda pelahiran..
Contoh : Berlaku 2-3 kali kontraksi dalam masa 10 minit
Ketika mendekati saat persalinan, ibu mengandung akan merasakan adanya kontraksi dari dalam perut. Tapi kontraksi seperti apa yang menunjukkan ibu hamil harus segera ke hospital untuk bersalin....?

Proses persalinan biasanya dimulai ketika rahim mulai berkontraksi secara teratur dan kontraksi ini semakin lama akan semakin kuat dan kerap.

Kontraksi rahim ini membantu mendorong bayi menuju jalan lahir dan menarik leher rahim ke atas, sehingga berkemungkinan leher rahim terbuka lebih lebar untuk persiapan keluarnya kepala bayi.

Bagi sesetengah wanita yang memiliki pengalaman bersalin disuruh pulang kembali ke rumah atau berjalan-jalan kerana belum ada sesuatu yang terjadi apabila tahap kesihatannya baik dan tidak mengalami sebarang masalah yang membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Kebanyakan proses persalinan akan dimulai dengan sangat perlahan dan lembut, sehingga beberapa pertanyaan akan muncul apakah memang sudah tiba waktunya atau belum.

Rahim perempuan terdiri dari jaringan serat otot. Pada puncak kontraksi, serat-serat otot akan mencapai panjang yang terpendek dan timbul rasa sakit yang intens.

Rasanya seperti sakit menstruasi yang kuat atau seperti memulas di perut dan terkadang sakitnya terasa hingga punggung belakang dan depan.

Serat otot ini kemudian menjadi rileks dan kontraksi memudar, tetapi serat otot akan kembali menjadi lebih pendek dari sebelumnya. Saat itu bayi ditekan dan leher rahim mulai terbuka sedikit lebih lebar untuk persiapan.
Bila harus ke hospital setelah terjadi kontraksi?

Salah satu hal yang harus difahami adalah jangan terlalu buru-buru ke hospital ketika kontraksi baru saja dbermula. Sebaiknya anda tetap tinggal di rumah dengan tenang dan ikuti bagaimana alur dari kontraksi yang terjadi. Kenali seberapa sering dan kuat kontraksi tersebut muncul, kerana hal ini akan menentukan bila seseorang harus segera berjumpa doktor.

Selama selang waktu menunggu tersebut, anda boleh melakukan hal-hal yang menyenangkan sehingga membantu anda merasa tenang. Ketika kontraksi mula berlangsung selama 30-60 detik dan terjadi setiap 5 minit sekali, anda boleh mempersiapkan diri untuk pergi ke hospital

Namun jika kehamilan yang terjadi untuk anak kedua atau ketiga sebaiknya pergi ke hospital sebelum kontraksi terjadi 5 minit sekali, kerana proses kelahiran biasanya lebih cepat dibandingkan yang kelahiran anak yang pertama.

Isnin, 30 Julai 2012

Selamat Hari Lahir Syasya - 2 dan Abahnyer - 29..

Selamat Hari Lahir sayang...Kau pun dah besar, cantik, mulus dan boleh bercakap sikit2,suara halus tapi garang mcm abah.Di rumah dalam sehari pasti asyik terdengar suara manjanya bercakap sini sana,membebel itu dan ini..Ya Allah seronok sungguh kurniaanMU ini,alhamdulillah....Kau pun persis mcm abah,tarikh lahir pun sama..Tak de hadiah la nak bagi cuma ada sebemban kasih sayang je untuk anak umi ni yg tkkan pernah berhenti..Semoga Syasya jadi anak yang baik,solehah,beriman,sihat2 dan ceria,dilindungi olehNYA dan menghormati org tua serta menjadi org berguna sampai bila-bila...Doa utk ank2 memang tak pernah putus kerana itu lah harta2 paling berharga lebih dari segalanya dalam hidup aku dan suami...

Rabu, 18 Julai 2012

Tiba-Tiba Suatu Hari....


Last week kuar la shopping barang2 dapur ckit with hubby & kids..Terserempak dgn someone yg last aku jumpa masa form 4,dlm 12 tahun yg lepas..siapa ye??seorg yg pernah agak special jugak suatu ketika dulu wktu zaman sekolah..Hubungan yg ditegah sekerasnya oleh parents memandangkan masing2 masih student..Yg lama tu biarkn la berlalu,masing2 sudah ada life sendiri..Tapi bila terserempak tu tak terkata apa dan tk tahu nak buat apa,kalu ditegur pun tak tahu nak mula dari mana dan nk ckp atau tanya apa sbb masing2 mcm dh sedia tahu aku dh bersuami dn ada 3 anak.Dia pun dh beristeri dn ada sorg ank..Cukup hanya dgn situation language ke kot...tak perlu nak tanya apa2 lagi juz smile :) hehehe,ok la kan....Aku teringat dgn kata2 papa aku dulu2 dia ckp "Never mind to lose that one coz u can get better than him kt 'U' nanti.."

Tapi aku kan org yg ego,dh tanam dlm2 kt hati ni takkan sesekali aku cari pasangan kat 'U' klau btol kata2 papa aku tu..Kan btol dan terbukti yang aku kenal lepas 'dia', break off, then kenal yg lain lepas tu pun semua bukan satu kolej dgn aku pun..Mungkin aku berjaya menyangkal kata2 papa tp takkan dpt aku lawan takdir pasangan aku akhirnya aku kenal melalui kawan kat kolej aku jugak akhirnya...Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA...layan lagu lama jap zaman cinta monyet..ngeh3 :p

Ahad, 15 Julai 2012

Tahniah Utk Hubby Tercintaaa...I Love U

Alhamdulillah tahniah utk suami tersayang dapat meraih Anugerah Pekerja Cemerlang Terbilang 2011 setelah hampir 10 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan di tempat kerjanya..Nak kata hubby rajin pun biasa2 je mcm org lain juga mungkin punctuality yang membuatkan dia dpt anugerah tu...Hubby mmg seorang yg tegas dan garang kat rumah baik pd aku juga ank2..Heran kan time nak ngorat bercinta mmg tak nampak semua tu,bila dah hidup bersama sebumbung baru boleh tahu..Jika ketegasannya untuk kebaikan seisi keluarga dan anak-anak aku terpaksalah juga sokong dari belakang..Jarang aku nak marah atau mengherdik budak2 atau ank2 ni sbb tak sampai hati,setakat membebel tu boleh lah..Alhamdulillah lah ALLAH menjodoh kan aku yang lembut(ceeewahh,perasan) dgn hubby yang tegas..Kalau masing2 berlembut naik lemak lah anak2 kan...
Berbalik pada anugerah hubby dpt td aku bersyukur padaNYA dapat gak tgk dia naik pentas tahun ini..Alhamdulillah rezeki anak2 barangkali..Semoga hubby sentiasa sihat, dapat bekerja dgn baik dan rajin sampai bila2..Aku dan ank2 sentiasa menyokong semangat perjuangannya mencari rezeki..
"MANA TAK TUMPAH KUAH KALAU TAK KE NASI"..Ayah mertua pun mmg seorang yang tegas dan rajin waktu zaman mudanya dulu jadi aku tabik spring lah kat abah 100%...Kalau ckp namanya kat kuarters ni hampir semua org kenal, begitu juga abg ipar yang sama kejanya dgn hubby pun pernah dapat anugerah sedemikian sebelum ni..Cuma yang aku heran sangat2 tu, Pak mertua rajin dan pandai masak tapi knp hubby aku sebaliknya langsung tak tahu masak...huhuhuhu...VERY2 MUSYKIL(-,-)

Selasa, 3 Julai 2012

SeHaRiAn KeRjA SaYa.............:(





Selama berkahwin dan mengandung, ni 1st time aku dapat Gestational Diabetes Mellitus (GDM)..sebelum ni klau preggy masalah tak lah byk sgt cuma uri bawah tahap 1 dan kadang2 tekanan darah tinggi jer masa mengandungkan anak pertama..Overall doctor cakap tekanan darah tinggi masa kali pertama hamil adalah perkara biasa dan hampir 60% wanita akan mengalaminya kerana faktor penyesuaian perubahan hormon pada tubuh badan seseorang tetapi harus juga berjaga-jaga kerana ia juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang bagi sesetengah ibu hamil bergantung pada tahap kesihatan mereka.


Berbalik pada kisah aku ni memandangkan aku pernah bersalin baby besar 4kg & 4.4 kg before this, doc bg appoinment utk cek gula..So masa week 22 prgnt aku pergi la checkup tp sblum tu dh ready puasa waktu mlm mula pukul 10mlm kt rumah then sok pergi pagi2 lagi ke hospital utk minum air gula.Sampai kt klinik antenatal PPUM tu telan je la air gula yang manis smpai ke otak tu dgn bismillah je lah spt mana yang diarahkan oleh nurse..Laju jer aku minum tutup hidung dgn selamber mcm bangga jugaks la bila melihat org2 lain slow2 je nk telan air manis tu bukan main seksa..Keluar je dari bilik tu nak cari seat kt luar utk tunggu 2jam kemudian ambik darah balik tak tahan aku termuntah lah pulak depan org ramai..Malu satu hal,dah tu terang2 nurse nampak dia terus bising dan suruh repeat balik minum air gula..padan muka aku...
After 2weeks lepas peristiwa tu go to next checkup doc bgtahu gula aku tinggi 6.2, Sepatutnya klau normal tk bleh lebih dari 5.6 klau puasa 8jam..Aduhhh....umur belum masuk 30 tahun tapi dah ada GDM tapi doc ckp jangan risau sgt sebab aku GDM time mengandung sahaja dan perlu kawal makan sahaja dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat atau dengan cara mengagihkan kuantiti makanan setiap kali makan iaitu makan dengan kuantiti sedikit tapi lebih kerap..So aku beli lah benda alah ni untuk cek gula harian aku 4x sehari..
Doc bagi satu buku berjadual untuk aku rekodkan bacaan gula tiap hari..lepas tu tiap hari lah aku kena cek gula macam kat spital..lebam habis jari gemuks aku asik kena cucuk je..Pada mulanya ok la jugak ikut jadual pemakanan yang doc bagi,tak pernah lebih 7 pun setakat ni tapi tu lah penatnyer nak kena pergi hospital tiap minggu nak tgk gula kita maintain ke tak..huhuhu..Pada weeks 26 macam dah tak bleh nak kawal lagi dah bacaan gula aku ni..Walaupun tak lebih dari 7 tapi waktu pagi bangun tidur mmg tinggi sikit lebih dari 5.3..Sekarang baru aku tahu bila kita tidur pun badan kita akan menghasilkan gula..opppsss aku ni dah la kuat tidur,patut lah kan..Tak pasal2 pakar pemakanan tu suggest aku untuk ambil insulin jugak kt rumah coz katanya semakin lama uri akan semakin membesar seperti mana mcm saiz baby, uri tersebut juga akan menganggu hormon insulin yang sedia ada dlm badan kita nanti menyebabkan gula tetap tak dapat dikawal lagi walaupun kita dah control pemakanan seharian kita......Dalam hati risau takut kuar duit lagi la ni nak pakai insulin pulak dah, nasib baik free company hubby support..alhamdulillah..



Ingat ke selepas pakai insulin ni selesai lah masalah,gula pun dah maintain dgn bantuannya tetapi bila beberapa minggu selepas tu berat badan turun pulak dah,ok takpe doc kata mungkin bila baby dah besar ckit back to normal..next checkup(by week) masih juga sama lagi turun juga 2kg..Aku cakap kat doc so ape masalahnya i mmg dah berat klau turun berat pun tak mungkin i pengsan atau sakit doc..sbb skang i tak penat, makan pun mcm biasa cuma berdiet lah seperti doc sarankan....selamber kan aku plak bg pendapat..Dokter lelaki tu just senyum dia ckp kita tgk next week mcm ne,takut insulin ni sebenarnya tak sesuai utk u nanti...hahaha biol la kepala aku mcm ni, apa nak buat demi anak ikut je lah arahan doktor, lagi pun pasti dia lebih tahu dari aku..Dia suruh reduce pengambilan gula seharian at the same time suruh aku maintain kan berat badan,jangan lost every week..how come lah aku kan tgh berdiet mcm ne plak berat akan maintain..Masa 30weeks checkup kebetulan cek darah doc ckp hb rendah plak, hurmmm kurang zat besi mungkin katanya, this pregnancy mmg tak leh nk minum susu langsung tapi aku dah amik supplement kalsium agaknya tak berapa berkesan buat masa ni....sekarang tgh ikhtiar ada 7minggu lagi utk aku cari bnda2 yang bleh tingkatkan hb darah b4 bersalin, uri pun masih bawah mmg tak bleh buat pe dah tunggu scissor je lah pun cuma kena elakkan angkat berat atau penat jer buat masa ni takut bleeding..hopefully lepas ni everythings ok lah, penat nye satu2 hal tiap kali checkup..amin...

Rabu, 20 Jun 2012

Bila Bangun Dari Tidur.....

Bila bangun dari tidur mesti rasa tak selesa,klau mula2 prgnant dulu mungkin muntah-muntah biasa tapi kali ni rasa nak muntah tu pada awalnya tak ada pun cuma pahitnyer mulut ni mcm tak selesa rasanya, rasa nak kunyah benda manis jer tapi tak berani sebab ada GDM (gestational diabetes mellitus) buat masa ni nanti tak pasal2 naik melambung pulak gula dalam darah udah sia2 jer pakai insulin tu nanti..Dalam nak mengawal gula ni terpaksalah jaga-jaga takkan lah asik nak naikkan dos insulin tiap kali checkup kat antenatal clinic tu.Selagi bleh kawal ok lah tapi klu bangun pagi dan rasa pahit mulut sampai nak muntah tu curi2 gak lah makan sweet sikit,dah nak buat camne kan klau dah tk tahan sangat..


Dulu-dulu kalau singgah kat kedai famous amous ni mesti nak beli semua yang ada tapi tu lah banyak-banyak nanti rosak lah gigi anak-anak nanti,dorang ni selagi tak habis selagi tu akan makan coklat,tak ada nasi pun tak apa sama lah dgn hubby mcm tu gak suka sgt coklat2 ni,tak pernah lagi selama aku kahwin kami beli kek selain dari kek coklat tiap kali sambut birthday sape2 pun..Memang aku teringin gak rasa kek perasa lain tapi apakan daya 4 lawan 1 mana nak menang jadi aku terikut2 lah sekali makan makanan yang bercoklat aje tiap masa...baik biskut,kek,donut,roti dan macam-macam lagi ler.....

Isnin, 18 Jun 2012

tErGuRiS pErasaaN SeKeTiKa...


Hari ini hari paling mengguriskan jiwa lah jugak bagi aku dgn someone,tapi dlm kepala buat bodoh dan tak tahu aje sebab mls nak layan cuma dlm hati ni terang2 tak bleh tipu la hakikatnya,Pengalaman mcm ni la buat aku serik nak closed dgn sesapa dlm hidup aku termasuklah saudara mara sekeliling jugak.Sebenarnya aku tak patut lah nak terlalu berkecil hati sbb someone tu bukan siapa2 jugak dan bukanlah rapat sangat dgn aku or hubby cuma pangkatnya yang lebih tua buatkan kami hormatlah cikit kan,Bayangkan lah dia yang jarang2 tanya psl kami,jarang nk borak2 dgn kami ni suatu hari datang mintak tolong jadi apa salahnya kan kalau niat kita baik nak bagi dia senang ckit mcm kita tapi bila ada masalah ckit,dlm kesempitan@kesulitan mcm ni mcm2 cerita tak elok disebarkan tentang kami mcm lah tahu sgt apa yang berlaku dan membuat andaian yang bukan-bukan tentang aku especially.

Aku bukan lah perfect dan mungkin tiap tutur kata aku tidak menyenangkan hati dan perasaannya tapi jangan lah diburuk2 kan aku pada org lain,apakah cara demikian boleh membuatkan hati dia puas,org sekeliling dah tak berapa nak percaya aku,mesra dgn aku mcm dulu2 lantaran kerana mulut dia lah juga barangkalinya.Aku tak mahu tahu apa yang diceritakan ttg aku cuma aku berdoa semoga tuhan membuka pintu hatinya suatu hari nanti agar dia sedar atas kesilapan dirinya selama ini..Mama aku selalu pesan biar lah org buat kita,jgn kita balas,berdendam,bermasam muka atau bermusuhan sebaliknya kita biarkan sahaja dan berdoa sahaja pasti suatu hari nanti dia sendiri dtg mencari kita...

API YANG DISIRAM API BARANYA TETAP AKAN SAMA, JADI BIARLAH API ITU HILANG DIMAKAN AIR MENJADI DEBU..

Isnin, 11 Jun 2012

I-CITY Shah Alam

Sebelum cuti sekolah habis sempat lah usha ckit apa yang terbaru kat I-city ni..Pernah pergi tapi tahun 2010 syasya kecik lagi time tu,dia pun tak tahu apa-apa time tu agaknya..Dengar juga ramai yang cakap dah mcm funfair ada snow world lagi tu,macam dah kat genting highland lah kalu gitu pada firasat aku..Memang lah cantik & seronok tgk lampu-lampu serta  mcm2 mainan yang ada cuma aku rasa mcm haba(kepanasan) tu terlebih ckit maklumlah dengan haba mentol lampu-lampu sepanjang jalan,orang ramai lagi dan tambah plak aku tgh preggy lagi cepat panas..Tapi kalu dtg sini pun better masuk snow world la ok cikit kot,tapi kami tak masuk lah sebab mcm mahal gak lah klu bagi kami nih....RM35 dewasa, RM30 kanak-kanak...hurmmmm



Sebab tak dpt masuk snow world,anak-anak moody mase nak balik,tgh jalan nak pergi ke downtown damansara niat nak pekena asam laksa jumpa plak signboard lelaki tua pakai spek tu(kfc) dah layan je lahhh,kempunan asam laksa plak jadinya aku..huhuhu

Sabtu, 9 Jun 2012

Sabak Bernam To Taman Alam Bukit Melawati To Pantai Remis.....

9 Jun 2012 pukul 10pg bertolak ke Sabak Bernam ke majlis perkahwinan bakal adik ipar kpd abang ipar aku..Tak sempat nak isi perut masing2 dah nak bertolak jadi hadap roti 60 sen je dalam keta..
Sampai kat kenduri dgn rasa yang nak buang air tak tahan  tapi tahan gak lah sebab sibuk nak melayan suami & anak yang dah lapar..Sedap gak kerang masak apa ntah aku tak pasti sebab tak pernah tgk,cik lynn(tunang abg ipar) dh bgtahu pedas ckit padahal aku sgt2 suka yang pedas2 lagi byk lah aku amik bila dia ckp pedas sampai lupa plak yang aku nak kongsi suap anak..hehehe..
Dah siap2 makan terus bawa amran,ajak si angah & gilrs dia gi toilet...
Masa nak balik budak2 berebut nak main bunga manggar tu,adui la banyak2 dah jajan yg ada itu juga yang diorang rebutkan,segan nak memetik benda alah tuh,dasat sungguh budak2 nih.

Perjalan balik dari majlis mak ajak ke Bukit Melawati,ada mcm2 kat sana katanya,ikut je lah lagi pun tak pernah pergi tempat tu..Nampaknya tak bleh bawa anak2 gi zoo negara selepas ni sebab tgk monyet pun dah takut..apa lagi kalau tgk yang lain2 nya..Beli lah tiket dewasa 2 & kanak2 2keping..Syasya tak perlu beli untuknya sebab bawah 2 tahun..Bila dah naik bus pengangkutan ke kawasan taman,sambil tgk2 tu beli cendol sbb haus + panas,huhuhu cendol durian yg tak sedap dan sgt manis pedih tekak,1st time try cendol durian nih,tak teringin dah lepas ni klu mmg rasanya mcm ni,tak tahu lah kalu kt tempat lain..Sampai lah pusing2 tgk taman ikan & dah nak balik pun masih tak ada orang cek tiket,entah terlepas pandang lah tuu so dgn selamba aku jual balik dekat org yg baru datang nak masuk,jual murah2...hahaha...hurmmm.. :p

Balik dari sana singgah ke pantai remis,hubby mengidam nak makan mentarang,tapi sayangnya tak ada rezeki mentarang ditakdirkan tak de pulak hari tu so beli apa yang ada je la tapi kali ni lain dari biasa,dah jemu mkn kerang dan lala kecik2 dan sederhana sebelum ni jadi aku pilih yang besar2 punya sebab banyak pilihan saiz kat sini,harga ikut kg..Boleh lah esok ratah lala masak serai lagi letak byk2 cili api... huhuhus,berasap makan nanti...

Khamis, 7 Jun 2012

TBR Port Dickson...

Hari ni aku dan anak-anak baru balik dari Tiara Beach Resort, memang tidak asing lagi semua orang mungkin tahu dan pernah pergi tempat ni cuma aku agak ketinggalan lah sebab jarang bercuti paling tak pun naik genting je.Kali ni pun aku tak merancang sebab ikut family aku berjalan,brother sulong yg sponsor jadi hubby tak dapat lah ikut sbb dia pun bukan bleh ambik cuti last2 minit ni.


Pada mulanya suggest nak ke gold coast morib yang dekat tuh tp tak ade rezeki sbb last minit+penuh maybe musim cuti sekolah klu ade pun penthouse yang mahal sgt2 tu uhhhh mcm tak berbaloi lahhhh,berjalan ikut kemampuan je lah di samping boleh menghiburkan hati budak2 ok lah tu.Jadi yang tak jauh sangat,ada enviroment pergi lah kami 5 beradik dgn parents ke sana,mana yang dah ada anak bawalah bersama kecuali anak buah plg kecik Hajid belum masuk setahun umurnya..
Perjalanan tu 2 jam lebih je, pergi dengan kereta aku dan estima abg long tp sorry to say lah aku nak naik keta estima sbb wat pe naik kereta sendiri, bosan dan sempit tambahan pula terpaksa ikut anak2 nak berkawan dgn cousin2 nya naik kereta sama2 maklumlah dlm keta aku mana ada tv player ke apa ntah org panggil benda alah tu bleh pasang cite kartun bagai dlm kereta..Bukannaya apa perjalanan lama nak juga lah berlunjur kaki, badan plak tgh bulat, klu tersalah sikit mula lah sakit pinggang, huhuhu nk urut2 pun hubby tak ikut sama..Berkorbanlah si angah dan adik lelaki aku pulun buat kereta aku jadi kereta pengangkutan barang-barang sahaja..heheh..
Enviroment ok lah jugak sebab banyak pilihan cuma facilities ni kureng cikit,tak tahu lah pendapat org lain camne cuma bagi aku apartment yang kami tinggal tu agak panas walaupun ada aircond tak tahu lah kenapa mungkin cuaca kat sana memang panas atau aircond tu tak berfungsi dgn baik,selain tu freezer leaking dan ada juga masalah bilik air master room yang tersumbat,ape lagi hello2 manager tukar bilik plizzz..nasib baik service diorang ni bagus dan prihatin gak lah nak melayan kami2 yang cerewet nih..Bila dah changing tu ok cikit lah dari yang 1st tu cuma air nye slow sgt2,lantak lah tak kisah dah,noleh lahhh tu dah nama lagi booking last minit jadi terima lah apa yang ada,alhamdulillah juga ada org nak sponsor..


Pada hari pertama bermalam di sana tu dengar gak lah adik dan papa aku cerita malam sebelum nak masuk maghrib ada dengar orang mengemas bagai kat tingkat atas,macam tengah susun perabot tapi mustahil kan kalau ada orang kat atas pun sepatutnya takkan bunyi samapai kat temapat kami kalu tidak dah tentu CF tak lepas apartment ni.. huhuhu,seram gak lah walaupun setakat dengar orang mengemas tu nasib baik kami yang lain sibuk tgh mandi kat waterpark time tu dgn anak-anak.Jadi kami ignore je lah lagipun tidur semalam ok jer tak de apa-apa yang terjadi..


Pada malam tu baring2 atas katil sibuk berbalas mesej dgn hubby dalam pukul 1.15 pagi, si angah(kakak aku) plak baru lepas tidurkan budak-budak tiba-tiba terdengar bunyi orang mengemas menyusun perabot,jadi kami terdiam je lah tak terkata apa,kelu lidah jadinya..Kata angah biarkan je lah,buat tak tahu aje,lama2 bunyi tu hilang sendiri..klu dah macam tu tempat ni mungkin sedikit keras lah maybe sebab tepi hutan cikit walaupun pantai di seberang..
Break1st kat sini ok lah juga,menepati cita rasa cuma yang heavy tak banyak sangat pilihan ada nasi goreng dan bihun aje,yg lain2 tu kek,gorengan spt nuget&sosej,roti,red bean,kuih2 dll..So makan lah apa yang berkenan sampai kenyang dan blah...buffet utk 4org shj..