Selama berkahwin dan mengandung, ni 1st time aku dapat Gestational Diabetes Mellitus (GDM)..sebelum ni klau preggy masalah tak lah byk sgt cuma uri bawah tahap 1 dan kadang2 tekanan darah tinggi jer masa mengandungkan anak pertama..Overall doctor cakap tekanan darah tinggi masa kali pertama hamil adalah perkara biasa dan hampir 60% wanita akan mengalaminya kerana faktor penyesuaian perubahan hormon pada tubuh badan seseorang tetapi harus juga berjaga-jaga kerana ia juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang bagi sesetengah ibu hamil bergantung pada tahap kesihatan mereka.
Berbalik pada kisah aku ni memandangkan aku pernah bersalin baby besar 4kg & 4.4 kg before this, doc bg appoinment utk cek gula..So masa week 22 prgnt aku pergi la checkup tp sblum tu dh ready puasa waktu mlm mula pukul 10mlm kt rumah then sok pergi pagi2 lagi ke hospital utk minum air gula.Sampai kt klinik antenatal PPUM tu telan je la air gula yang manis smpai ke otak tu dgn bismillah je lah spt mana yang diarahkan oleh nurse..Laju jer aku minum tutup hidung dgn selamber mcm bangga jugaks la bila melihat org2 lain slow2 je nk telan air manis tu bukan main seksa..Keluar je dari bilik tu nak cari seat kt luar utk tunggu 2jam kemudian ambik darah balik tak tahan aku termuntah lah pulak depan org ramai..Malu satu hal,dah tu terang2 nurse nampak dia terus bising dan suruh repeat balik minum air gula..padan muka aku...
After 2weeks lepas peristiwa tu go to next checkup doc bgtahu gula aku tinggi 6.2, Sepatutnya klau normal tk bleh lebih dari 5.6 klau puasa 8jam..Aduhhh....umur belum masuk 30 tahun tapi dah ada GDM tapi doc ckp jangan risau sgt sebab aku GDM time mengandung sahaja dan perlu kawal makan sahaja dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat atau dengan cara mengagihkan kuantiti makanan setiap kali makan iaitu makan dengan kuantiti sedikit tapi lebih kerap..So aku beli lah benda alah ni untuk cek gula harian aku 4x sehari..
Doc bagi satu buku berjadual untuk aku rekodkan bacaan gula tiap hari..lepas tu tiap hari lah aku kena cek gula macam kat spital..lebam habis jari gemuks aku asik kena cucuk je..Pada mulanya ok la jugak ikut jadual pemakanan yang doc bagi,tak pernah lebih 7 pun setakat ni tapi tu lah penatnyer nak kena pergi hospital tiap minggu nak tgk gula kita maintain ke tak..huhuhu..Pada weeks 26 macam dah tak bleh nak kawal lagi dah bacaan gula aku ni..Walaupun tak lebih dari 7 tapi waktu pagi bangun tidur mmg tinggi sikit lebih dari 5.3..Sekarang baru aku tahu bila kita tidur pun badan kita akan menghasilkan gula..opppsss aku ni dah la kuat tidur,patut lah kan..Tak pasal2 pakar pemakanan tu suggest aku untuk ambil insulin jugak kt rumah coz katanya semakin lama uri akan semakin membesar seperti mana mcm saiz baby, uri tersebut juga akan menganggu hormon insulin yang sedia ada dlm badan kita nanti menyebabkan gula tetap tak dapat dikawal lagi walaupun kita dah control pemakanan seharian kita......Dalam hati risau takut kuar duit lagi la ni nak pakai insulin pulak dah, nasib baik free company hubby support..alhamdulillah..
Ingat ke selepas pakai insulin ni selesai lah masalah,gula pun dah maintain dgn bantuannya tetapi bila beberapa minggu selepas tu berat badan turun pulak dah,ok takpe doc kata mungkin bila baby dah besar ckit back to normal..next checkup(by week) masih juga sama lagi turun juga 2kg..Aku cakap kat doc so ape masalahnya i mmg dah berat klau turun berat pun tak mungkin i pengsan atau sakit doc..sbb skang i tak penat, makan pun mcm biasa cuma berdiet lah seperti doc sarankan....selamber kan aku plak bg pendapat..Dokter lelaki tu just senyum dia ckp kita tgk next week mcm ne,takut insulin ni sebenarnya tak sesuai utk u nanti...hahaha biol la kepala aku mcm ni, apa nak buat demi anak ikut je lah arahan doktor, lagi pun pasti dia lebih tahu dari aku..Dia suruh reduce pengambilan gula seharian at the same time suruh aku maintain kan berat badan,jangan lost every week..how come lah aku kan tgh berdiet mcm ne plak berat akan maintain..Masa 30weeks checkup kebetulan cek darah doc ckp hb rendah plak, hurmmm kurang zat besi mungkin katanya, this pregnancy mmg tak leh nk minum susu langsung tapi aku dah amik supplement kalsium agaknya tak berapa berkesan buat masa ni....sekarang tgh ikhtiar ada 7minggu lagi utk aku cari bnda2 yang bleh tingkatkan hb darah b4 bersalin, uri pun masih bawah mmg tak bleh buat pe dah tunggu scissor je lah pun cuma kena elakkan angkat berat atau penat jer buat masa ni takut bleeding..hopefully lepas ni everythings ok lah, penat nye satu2 hal tiap kali checkup..amin...