Aku sangat merindui detik-detik indah bersama anak-anak yang dikasihi, pengalaman paling indah setelah bergelar isteri adalah kehamilan...namun lebih indah apabila kehamilan yang diakhiri dengan lahirnya putera dan puteri, hari demi hari, tahun berganti tahun...alhamdulillah aku bahagia menjadi ibu...biarpun penat dengan tugas seharian namun ia terbayar dengan setiap tawa dan senyuman anak-anak tercinta..Namun dalam hati ada yang masih kurang, sukar utk dimengertikan hati ini...segalanya bermula apabila 'dia' menyambut mesra tanganku, selesa disampingku, selamat dalam pelukanku..dia lah anakku..walaupun dia tumbuh bukan dari rahimku...namun dia adalah sebahagian dalam hidupku...ya, dia anak susuan ku...2tahun sebulan kini, baru sahaja petah berkata2, baru sahaja bermula langkah demi langkah....membesar lah kamu wahai anak sebaik-baiknya, walau tidak denganku..namun ku yakin kau sangat selesa dan bahagia di samping orang tuamu di sana...Berikan lah peluang untuk mereka buktikan bahawa kasih sayang yg mereka curahkan itu sungguh bermakna dan bernilai buatmu wahai anak..aku ini hanya sampingan, tidak perlu lah dikenang2 akan diri ku ini,cbiarlah hanya aku yang mengintaimu dari kejauhan ini..semoga kau sentiasa berbahagia dan menjadi insan yang berguna suatu hati nanti....
*Muhammad Hasif, Ku sungguh merindui kamu...