Kerabu Kerang Pucuk Paku



Bahan-bahan ( 3-4 org )
 

  • 1 ikat pucuk paku
  • 1 cwn taugeh
  • 1/2 kerang (direbus dan ambil isinya)
  • 1 sudu besar kerisik
  • sedikit santan (hanya untuk rasa lemak dan sedikit basah pada kerabu)
  • 4 ulas bawang merah sederhana kecil
  • 2 batang serai
  • sedikit bunga kantan
  • garam dan gula secukup rasa.



Cara-cara


  1. Pucuk paku yg dipotong sederhana dan juga taugeh direndam dalam air panas sekejap sahaja supaya zatnya tak hilang.kemudian toskan
  2. Gaul dan satukan bawang yang telah dipotong,serai dan bunga kantan yang dimayang halus serta kerisik sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan pucuk paku dan isi kerang serta garam dan gula secukup rasa.
  4. Untuk rasa yang pedas boleh tambahkan cili padi atau cili merah yang dipotong halus ke dalam kerabu tadi.
  5. Boleh dihidangkan sebagai menu sayuran harian anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan