Ahad, 14 Oktober 2012

Arrgggggggghhhhhhhhhhh penat

Aku penat lah belakangan ni..bayangkan lah baru lepas 2bln pembedahan bersalin, belum boleh angkat berat,belum boleh mkn sebarang mkn sbb masih bf...jenuh nyer lah..Ape yang tak berapa gemar tu bila tugas sebagai isteri/ibu datang bertimpa-timpa atau sekaligus...Ini lah kesan jika tidak pandai merancang atau menjarakkan kelahiran, betul juga kata kawan2 kita perlu fokus dlm membesar/mendidik anak dengan sebaik mungkin supaya mereka dapat mempelajari setiap langkah tutur dengan lebih berkesan tetapi walau bagaimanapun aku tetap bersyukur, ini rezeki utk aku..rezeki dunia akhirat...siapa aku utk menentukan segalanya...Allah takkan menguji hambaNYA yang tidak mampu bertahan...Anak2 anugerahNYA yang paling berharga, selepas setahun 3 bulan berkahwin hidup aku berubah dengan kehadiran anak pertama, kedua, ketiga dan keempat...Semuanya dalam masa terdekat dan kadang2 aku perlukan bantuan suami untuk menguruskan anak-anak yang semuanya masih kecil..Alhamdulillah dapat suami yang penyayang dan ringan tulang..Alhamdulillah hidup aku tak pernah sunyi sepi dan suram..Kalau ada masalah, berita tak best, atau apa sahaja yang menyentuh perasaan pun aku tak sempat nak bersedih bila anak-anak datang duduk menghimpit di sekeliling..Begitu ceria secerianya hidup aku ni dengan anak-anak, rasa seperti baru bangun dari tidur je dah bertukar senja kena uruskan anak-anak mandi dan makan lepas tu snek ringan dan susu..
Time hubby keluar mencari rezeki bila baby nangis nak bf...tiba2 yang kakak pun nak susu juga...diikuti abang azam pula nak berteman ke bilik air pulak sbb baru belaja tak pakai pampers....dlm masa sama si sulong suruh sediakan nasi lah pulak, jika lambat dia merajuk dan masam muka...Kudratku masih mampu buat semua tu cuma aku tak yakin bagaimana aku nak tunaikan permintaan anak-anak tu dlm satu masa yang sama..Bila baby dah tido, aku melabuhkan bdn mauk lending sama dah dengar anak-anak bergaduh kat luar, baby yang baru diulit mimpi bangun balik sebab terdengar bising kat luar bilik sbb abg2nya tgh bergaduh..mereka bergaduh tangan kaki mulut semua pakai..Lepas tu adalah yang menangis..Kalau abahnya ada pasti dah kena rotan tapi aku tak sampai hati jugak nak rotan terkenangkan sakit beranak lupakan terus tentang rotan..Pujuk baby, pujuk abg2 yang menangis, umpan gula2...dah settle...mula nak masak je si kakak yak lah, abg2 berebut mainan plak lah dan macam2 lagi....Ohhhhh ia tak semudah yang disangka...bertimpa2...masak tergendala, basuh kain apa lagi...Tiba dah tengahari hubby dah balik nak makan, masak blum settle...uhuk2...Hubby penah nak beli lauk dah siap tapi aku tak bagi...takut tak bersih sbb pnah jumpa lalat dlm kuah..itu aku mmg pantang..biarlah masak ringkas janji yakin bersih...Aku terpikir jugak org dulu2 anak ramai camana ek?huhuhu..entah lah..Aku berdoa semoga aku dan hubby jadi parents yang baik sampai bila2..TAK MAHU ANAK-ANAK RASA KEKURANGAN WALAU SEDIKIT PUN..Kami akan cuba sehabis boleh demi anak-anak tersayang..Insyaallah...

:: Penat seharian ke sana ke sini ke mari sibuk dgn anak-anak TAK KURUS2 PUN! bak kata Kak Ngah.. hehehe, kan tgh bahagia ni mmg la gumuks.. :p