Jumaat, 17 Februari 2012

Jangan Mengalah Dalam Soal Cinta

Jika hari ini kamu tewas dan kalah.. Di dalam mengejar erti cinta mengikut kemahuanmu sendiri.. Kamu kecewa dan terluka.. Dan membiarkan sakit sakit menghiasi harimu.. Jangan kamu rasa keperitan itu ada sepanjang kehidupan kamu.. Itulah pengalaman bermakna buat dirimu bagi menghadapi hari mendatang di dalam mencari cinta yang seharusnya kamu miliki.

Malam Sabtu Punya Hidangan

Telur Dadar aje...


Malam ni husband keja jadi umi pun malaslah nak masak special2 pon tambah lagi pening kpala dan pg td plak bgn lambat menyebabkan tak sempat nak pergi Pasar..Sori ye anak2 kita makan ini aje dgn nasi + kecap,sok kita mkn malam kat luar yer..Cari tempat2 best ckit utk dinner sok,tp umi harap jgn ada ank2 yg bising2 nk mkn mc'donald or kfc n whatever fastfood plak kt abah..umi sgt2 bosan dgn bnda tu suma lagipun tk elok selalu mkn fastfood tuh..

Pening Lagi..

Sakit lah kepala aku hari ni,hubby plak tengah demam..Hari ni menu siput sedut masak lemak cili api dan ikan masin aje..Bila cek blood presure ok plak..normal je cam biasa..Pening dgn suasana rumah kot tertutup jer sepanjang hari..Hari ni rumah pun belum kemas pening punya pasal..Mungkin sebab selalu sangat aku main game belakangan ni..Gini lah jadi nyer..,klu dah main game tu khusyuknyer susah nak berhenti sampailah dgr anak menangis nak susu atau bergaduh diorg adik-beradik..

Tapi ok lagi aku lah berbanding dgn husband,dia kalu dah ngadap game..dunia seakan-akan ada dia sahaja..Anak menangis ke bertumbuk ke atau ada org datang ke bukan nye dia alert dah..huhuhu..

Khasiat Buah Delima

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.


Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.