Ahad, 15 Julai 2012

Tahniah Utk Hubby Tercintaaa...I Love U

Alhamdulillah tahniah utk suami tersayang dapat meraih Anugerah Pekerja Cemerlang Terbilang 2011 setelah hampir 10 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan di tempat kerjanya..Nak kata hubby rajin pun biasa2 je mcm org lain juga mungkin punctuality yang membuatkan dia dpt anugerah tu...Hubby mmg seorang yg tegas dan garang kat rumah baik pd aku juga ank2..Heran kan time nak ngorat bercinta mmg tak nampak semua tu,bila dah hidup bersama sebumbung baru boleh tahu..Jika ketegasannya untuk kebaikan seisi keluarga dan anak-anak aku terpaksalah juga sokong dari belakang..Jarang aku nak marah atau mengherdik budak2 atau ank2 ni sbb tak sampai hati,setakat membebel tu boleh lah..Alhamdulillah lah ALLAH menjodoh kan aku yang lembut(ceeewahh,perasan) dgn hubby yang tegas..Kalau masing2 berlembut naik lemak lah anak2 kan...
Berbalik pada anugerah hubby dpt td aku bersyukur padaNYA dapat gak tgk dia naik pentas tahun ini..Alhamdulillah rezeki anak2 barangkali..Semoga hubby sentiasa sihat, dapat bekerja dgn baik dan rajin sampai bila2..Aku dan ank2 sentiasa menyokong semangat perjuangannya mencari rezeki..
"MANA TAK TUMPAH KUAH KALAU TAK KE NASI"..Ayah mertua pun mmg seorang yang tegas dan rajin waktu zaman mudanya dulu jadi aku tabik spring lah kat abah 100%...Kalau ckp namanya kat kuarters ni hampir semua org kenal, begitu juga abg ipar yang sama kejanya dgn hubby pun pernah dapat anugerah sedemikian sebelum ni..Cuma yang aku heran sangat2 tu, Pak mertua rajin dan pandai masak tapi knp hubby aku sebaliknya langsung tak tahu masak...huhuhuhu...VERY2 MUSYKIL(-,-)

2 ulasan: