Mee Kari Udang Kerang

Nasib baik sempat amik gambar walau di saat2 akhir, suami dan anak-anak berebut cedok after siap masak..So ini je ape ade je la yang tinggal yang dpt diposkan kat entri kali ni...

Bahan-bahan ( 8-10 orang )


300gm Udang
250gm Kerang (direbus dan diambil isinya)
Stok Udang (Kepala & Kulit udang yang direbus)
1kg mee kuning (basuh dan celurkan)
2 senduk kecil serbuk kari
2 sudu besar cili mesin (utk rasa pedas)
Setangkai daun kari
Tauhu kering
2-3 keping asam keping @ asam gelugor
200ml pati santan @ kelapa parut sebijik
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh (sikit shj utk wangi jika perlu)
Bahan dikisar : 
-6 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1/2 inci haliai
-Sedikit Udang kering
Bahan hiasan : telur rebus, fishball @ fishcake rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celurkan), cili besar @ cili api


Cara-cara 

1.Gaulkan serbuk kari dgn cili mesin dan tambah air panas utk jadikan paste,ketepikan
2.Panaskan minyak. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
3.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi, bila ianya agak kekuningan masukkan paste kari yg telah digaul tadi dan tumis
4.Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Kacau sebaiknya supaya santan tidak berketul-ketul
5.Bila sudah mendidih dan pecah minyak masukkan udang dan kerang, kacau hingga masak.
6.Akhir sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau sekejap dan tutup api.
7.Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan, sedia untuk dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan