Khamis, 7 Jun 2012

TBR Port Dickson...

Hari ni aku dan anak-anak baru balik dari Tiara Beach Resort, memang tidak asing lagi semua orang mungkin tahu dan pernah pergi tempat ni cuma aku agak ketinggalan lah sebab jarang bercuti paling tak pun naik genting je.Kali ni pun aku tak merancang sebab ikut family aku berjalan,brother sulong yg sponsor jadi hubby tak dapat lah ikut sbb dia pun bukan bleh ambik cuti last2 minit ni.


Pada mulanya suggest nak ke gold coast morib yang dekat tuh tp tak ade rezeki sbb last minit+penuh maybe musim cuti sekolah klu ade pun penthouse yang mahal sgt2 tu uhhhh mcm tak berbaloi lahhhh,berjalan ikut kemampuan je lah di samping boleh menghiburkan hati budak2 ok lah tu.Jadi yang tak jauh sangat,ada enviroment pergi lah kami 5 beradik dgn parents ke sana,mana yang dah ada anak bawalah bersama kecuali anak buah plg kecik Hajid belum masuk setahun umurnya..
Perjalanan tu 2 jam lebih je, pergi dengan kereta aku dan estima abg long tp sorry to say lah aku nak naik keta estima sbb wat pe naik kereta sendiri, bosan dan sempit tambahan pula terpaksa ikut anak2 nak berkawan dgn cousin2 nya naik kereta sama2 maklumlah dlm keta aku mana ada tv player ke apa ntah org panggil benda alah tu bleh pasang cite kartun bagai dlm kereta..Bukannaya apa perjalanan lama nak juga lah berlunjur kaki, badan plak tgh bulat, klu tersalah sikit mula lah sakit pinggang, huhuhu nk urut2 pun hubby tak ikut sama..Berkorbanlah si angah dan adik lelaki aku pulun buat kereta aku jadi kereta pengangkutan barang-barang sahaja..heheh..
Enviroment ok lah jugak sebab banyak pilihan cuma facilities ni kureng cikit,tak tahu lah pendapat org lain camne cuma bagi aku apartment yang kami tinggal tu agak panas walaupun ada aircond tak tahu lah kenapa mungkin cuaca kat sana memang panas atau aircond tu tak berfungsi dgn baik,selain tu freezer leaking dan ada juga masalah bilik air master room yang tersumbat,ape lagi hello2 manager tukar bilik plizzz..nasib baik service diorang ni bagus dan prihatin gak lah nak melayan kami2 yang cerewet nih..Bila dah changing tu ok cikit lah dari yang 1st tu cuma air nye slow sgt2,lantak lah tak kisah dah,noleh lahhh tu dah nama lagi booking last minit jadi terima lah apa yang ada,alhamdulillah juga ada org nak sponsor..


Pada hari pertama bermalam di sana tu dengar gak lah adik dan papa aku cerita malam sebelum nak masuk maghrib ada dengar orang mengemas bagai kat tingkat atas,macam tengah susun perabot tapi mustahil kan kalau ada orang kat atas pun sepatutnya takkan bunyi samapai kat temapat kami kalu tidak dah tentu CF tak lepas apartment ni.. huhuhu,seram gak lah walaupun setakat dengar orang mengemas tu nasib baik kami yang lain sibuk tgh mandi kat waterpark time tu dgn anak-anak.Jadi kami ignore je lah lagipun tidur semalam ok jer tak de apa-apa yang terjadi..


Pada malam tu baring2 atas katil sibuk berbalas mesej dgn hubby dalam pukul 1.15 pagi, si angah(kakak aku) plak baru lepas tidurkan budak-budak tiba-tiba terdengar bunyi orang mengemas menyusun perabot,jadi kami terdiam je lah tak terkata apa,kelu lidah jadinya..Kata angah biarkan je lah,buat tak tahu aje,lama2 bunyi tu hilang sendiri..klu dah macam tu tempat ni mungkin sedikit keras lah maybe sebab tepi hutan cikit walaupun pantai di seberang..
Break1st kat sini ok lah juga,menepati cita rasa cuma yang heavy tak banyak sangat pilihan ada nasi goreng dan bihun aje,yg lain2 tu kek,gorengan spt nuget&sosej,roti,red bean,kuih2 dll..So makan lah apa yang berkenan sampai kenyang dan blah...buffet utk 4org shj..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan