Khamis, 7 Februari 2013

TenTanG AHMAD ADAM SYUKRI

Salam dan slmt mlm semua...hari ini 7/2/2013 adalah hari yang mana kebanyakan kita berduka atas pemergian baby Adam..Setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh bayi dan keluarga yang sentiasa setia menemani akhirnya perjuangan itu sampai di sini..Ya Allah bila mendapat berita itu jiwa aku luluh lemah longlai,air mata gugur serta merta tak dapat ku tahan..Dari sejak tghari sampai la sekarang aku belum boleh gembira, entah lah mengapa,begitu pilu aku rasa seperti kisah ini sudah sebati dan begitu dekat dgn fikiran aku..Dari sejak awal mengikuti perkembangan bayi ini mmg kuharapkan satu keajaiban berlaku ke atas dirinya..Namun Allah lebih menyayanginya..Setelah beberapa bulan berbagai dugaan datang satu persatu namun bayi ini sungguh ceria di samping ibu bapanya yang begitu tabah setra tidak berputus asa..

Daripada awalnya demam,kulit bernanah,matanya rosak dan pelbagai operation yang telah dijalani hingga dipindahkan dari Sarikei Sarawak ke HKL, dan yg terakhir paru-parunya dijangkiti kuman dan oksigennya menurun serta merta...Maaf kawan2 apa yang aku taip ni mengikut kehendak hati aku sendiri,melepaskan kesedihan yang aku rasa. kalau ada tersalah info atau sebarang maklumat yg tak betul maafkan aku, sekadar bercerita kenangan sepanjang mengikuti kisah tentang Baby Adam, sama2 lah kita sedekah kan Al-fatihah buat arwah .Semoga roh Baby Adam tenang di sana, syurga itu pasti buatmu sayang...tenanglah kau di sana dan salam takziah buat famili Baby Adam...

Mungkin ada antara anda yang sudah tahu atau yang masih lagi tidak tahu tentang kisah seorang bayi yang bernama Ahmad Adam Syukri. Usia Ahmad Adam baru sahaja mencecah 11 bulan. Namun, takdir Ilahi telah menyebabkan sesuatu terjadi ke atas dirinya dan juga keluarganya berdasarkan profil Facebook, facebook.com/AhmadAdamSyukri.

“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…

“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.

“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”

Baby Adam  04/03/2012-07/02/2013
Kasih Ibu...Al-Fatihah...