9 Jun 2012 pukul 10pg bertolak ke Sabak Bernam ke majlis perkahwinan bakal adik ipar kpd abang ipar aku..Tak sempat nak isi perut masing2 dah nak bertolak jadi hadap roti 60 sen je dalam keta..
Sampai kat kenduri dgn rasa yang nak buang air tak tahan tapi tahan gak lah sebab sibuk nak melayan suami & anak yang dah lapar..Sedap gak kerang masak apa ntah aku tak pasti sebab tak pernah tgk,cik lynn(tunang abg ipar) dh bgtahu pedas ckit padahal aku sgt2 suka yang pedas2 lagi byk lah aku amik bila dia ckp pedas sampai lupa plak yang aku nak kongsi suap anak..hehehe..
Dah siap2 makan terus bawa amran,ajak si angah & gilrs dia gi toilet...
Masa nak balik budak2 berebut nak main bunga manggar tu,adui la banyak2 dah jajan yg ada itu juga yang diorang rebutkan,segan nak memetik benda alah tuh,dasat sungguh budak2 nih.
Perjalan balik dari majlis mak ajak ke Bukit Melawati,ada mcm2 kat sana katanya,ikut je lah lagi pun tak pernah pergi tempat tu..Nampaknya tak bleh bawa anak2 gi zoo negara selepas ni sebab tgk monyet pun dah takut..apa lagi kalau tgk yang lain2 nya..Beli lah tiket dewasa 2 & kanak2 2keping..Syasya tak perlu beli untuknya sebab bawah 2 tahun..Bila dah naik bus pengangkutan ke kawasan taman,sambil tgk2 tu beli cendol sbb haus + panas,huhuhu cendol durian yg tak sedap dan sgt manis pedih tekak,1st time try cendol durian nih,tak teringin dah lepas ni klu mmg rasanya mcm ni,tak tahu lah kalu kt tempat lain..Sampai lah pusing2 tgk taman ikan & dah nak balik pun masih tak ada orang cek tiket,entah terlepas pandang lah tuu so dgn selamba aku jual balik dekat org yg baru datang nak masuk,jual murah2...hahaha...hurmmm.. :p
Balik dari sana singgah ke pantai remis,hubby mengidam nak makan mentarang,tapi sayangnya tak ada rezeki mentarang ditakdirkan tak de pulak hari tu so beli apa yang ada je la tapi kali ni lain dari biasa,dah jemu mkn kerang dan lala kecik2 dan sederhana sebelum ni jadi aku pilih yang besar2 punya sebab banyak pilihan saiz kat sini,harga ikut kg..Boleh lah esok ratah lala masak serai lagi letak byk2 cili api... huhuhus,berasap makan nanti...