Roti Goreng Sardin




Bahan-bahan ( 4 Orang )


  • 8 keping roti
  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji lada merah yang dihiris halus(jika mahu pedas)
  • Mentega atau butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit soda bikarbonat(lebih kurang 1/3 sudu kecil)
  • 1 biji telur saiz kecil
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng secukupnya(deep frying)



Cara-cara


  1. Tumis bawang besar,bawang putih dan lada merah,masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik)
  2. Sapukan roti dengan mentega atau butter dan sapukan sardin yang hancur macam buat sandwich.
  3. Bancuh tepung & sedikit soda bikarbonat dengan telur dan air secukupnya seperti menggoreng cucur pisang.
  4. Celupkan roti yang siap digulung ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga warna keperangan seperti gambar.
  5. Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah seisi keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan