Rabu, 20 Jun 2012

Bila Bangun Dari Tidur.....

Bila bangun dari tidur mesti rasa tak selesa,klau mula2 prgnant dulu mungkin muntah-muntah biasa tapi kali ni rasa nak muntah tu pada awalnya tak ada pun cuma pahitnyer mulut ni mcm tak selesa rasanya, rasa nak kunyah benda manis jer tapi tak berani sebab ada GDM (gestational diabetes mellitus) buat masa ni nanti tak pasal2 naik melambung pulak gula dalam darah udah sia2 jer pakai insulin tu nanti..Dalam nak mengawal gula ni terpaksalah jaga-jaga takkan lah asik nak naikkan dos insulin tiap kali checkup kat antenatal clinic tu.Selagi bleh kawal ok lah tapi klu bangun pagi dan rasa pahit mulut sampai nak muntah tu curi2 gak lah makan sweet sikit,dah nak buat camne kan klau dah tk tahan sangat..


Dulu-dulu kalau singgah kat kedai famous amous ni mesti nak beli semua yang ada tapi tu lah banyak-banyak nanti rosak lah gigi anak-anak nanti,dorang ni selagi tak habis selagi tu akan makan coklat,tak ada nasi pun tak apa sama lah dgn hubby mcm tu gak suka sgt coklat2 ni,tak pernah lagi selama aku kahwin kami beli kek selain dari kek coklat tiap kali sambut birthday sape2 pun..Memang aku teringin gak rasa kek perasa lain tapi apakan daya 4 lawan 1 mana nak menang jadi aku terikut2 lah sekali makan makanan yang bercoklat aje tiap masa...baik biskut,kek,donut,roti dan macam-macam lagi ler.....

Isnin, 18 Jun 2012

tErGuRiS pErasaaN SeKeTiKa...


Hari ini hari paling mengguriskan jiwa lah jugak bagi aku dgn someone,tapi dlm kepala buat bodoh dan tak tahu aje sebab mls nak layan cuma dlm hati ni terang2 tak bleh tipu la hakikatnya,Pengalaman mcm ni la buat aku serik nak closed dgn sesapa dlm hidup aku termasuklah saudara mara sekeliling jugak.Sebenarnya aku tak patut lah nak terlalu berkecil hati sbb someone tu bukan siapa2 jugak dan bukanlah rapat sangat dgn aku or hubby cuma pangkatnya yang lebih tua buatkan kami hormatlah cikit kan,Bayangkan lah dia yang jarang2 tanya psl kami,jarang nk borak2 dgn kami ni suatu hari datang mintak tolong jadi apa salahnya kan kalau niat kita baik nak bagi dia senang ckit mcm kita tapi bila ada masalah ckit,dlm kesempitan@kesulitan mcm ni mcm2 cerita tak elok disebarkan tentang kami mcm lah tahu sgt apa yang berlaku dan membuat andaian yang bukan-bukan tentang aku especially.

Aku bukan lah perfect dan mungkin tiap tutur kata aku tidak menyenangkan hati dan perasaannya tapi jangan lah diburuk2 kan aku pada org lain,apakah cara demikian boleh membuatkan hati dia puas,org sekeliling dah tak berapa nak percaya aku,mesra dgn aku mcm dulu2 lantaran kerana mulut dia lah juga barangkalinya.Aku tak mahu tahu apa yang diceritakan ttg aku cuma aku berdoa semoga tuhan membuka pintu hatinya suatu hari nanti agar dia sedar atas kesilapan dirinya selama ini..Mama aku selalu pesan biar lah org buat kita,jgn kita balas,berdendam,bermasam muka atau bermusuhan sebaliknya kita biarkan sahaja dan berdoa sahaja pasti suatu hari nanti dia sendiri dtg mencari kita...

API YANG DISIRAM API BARANYA TETAP AKAN SAMA, JADI BIARLAH API ITU HILANG DIMAKAN AIR MENJADI DEBU..

Isnin, 11 Jun 2012

I-CITY Shah Alam

Sebelum cuti sekolah habis sempat lah usha ckit apa yang terbaru kat I-city ni..Pernah pergi tapi tahun 2010 syasya kecik lagi time tu,dia pun tak tahu apa-apa time tu agaknya..Dengar juga ramai yang cakap dah mcm funfair ada snow world lagi tu,macam dah kat genting highland lah kalu gitu pada firasat aku..Memang lah cantik & seronok tgk lampu-lampu serta  mcm2 mainan yang ada cuma aku rasa mcm haba(kepanasan) tu terlebih ckit maklumlah dengan haba mentol lampu-lampu sepanjang jalan,orang ramai lagi dan tambah plak aku tgh preggy lagi cepat panas..Tapi kalu dtg sini pun better masuk snow world la ok cikit kot,tapi kami tak masuk lah sebab mcm mahal gak lah klu bagi kami nih....RM35 dewasa, RM30 kanak-kanak...hurmmmm



Sebab tak dpt masuk snow world,anak-anak moody mase nak balik,tgh jalan nak pergi ke downtown damansara niat nak pekena asam laksa jumpa plak signboard lelaki tua pakai spek tu(kfc) dah layan je lahhh,kempunan asam laksa plak jadinya aku..huhuhu

Sabtu, 9 Jun 2012

Sabak Bernam To Taman Alam Bukit Melawati To Pantai Remis.....

9 Jun 2012 pukul 10pg bertolak ke Sabak Bernam ke majlis perkahwinan bakal adik ipar kpd abang ipar aku..Tak sempat nak isi perut masing2 dah nak bertolak jadi hadap roti 60 sen je dalam keta..
Sampai kat kenduri dgn rasa yang nak buang air tak tahan  tapi tahan gak lah sebab sibuk nak melayan suami & anak yang dah lapar..Sedap gak kerang masak apa ntah aku tak pasti sebab tak pernah tgk,cik lynn(tunang abg ipar) dh bgtahu pedas ckit padahal aku sgt2 suka yang pedas2 lagi byk lah aku amik bila dia ckp pedas sampai lupa plak yang aku nak kongsi suap anak..hehehe..
Dah siap2 makan terus bawa amran,ajak si angah & gilrs dia gi toilet...
Masa nak balik budak2 berebut nak main bunga manggar tu,adui la banyak2 dah jajan yg ada itu juga yang diorang rebutkan,segan nak memetik benda alah tuh,dasat sungguh budak2 nih.

Perjalan balik dari majlis mak ajak ke Bukit Melawati,ada mcm2 kat sana katanya,ikut je lah lagi pun tak pernah pergi tempat tu..Nampaknya tak bleh bawa anak2 gi zoo negara selepas ni sebab tgk monyet pun dah takut..apa lagi kalau tgk yang lain2 nya..Beli lah tiket dewasa 2 & kanak2 2keping..Syasya tak perlu beli untuknya sebab bawah 2 tahun..Bila dah naik bus pengangkutan ke kawasan taman,sambil tgk2 tu beli cendol sbb haus + panas,huhuhu cendol durian yg tak sedap dan sgt manis pedih tekak,1st time try cendol durian nih,tak teringin dah lepas ni klu mmg rasanya mcm ni,tak tahu lah kalu kt tempat lain..Sampai lah pusing2 tgk taman ikan & dah nak balik pun masih tak ada orang cek tiket,entah terlepas pandang lah tuu so dgn selamba aku jual balik dekat org yg baru datang nak masuk,jual murah2...hahaha...hurmmm.. :p

Balik dari sana singgah ke pantai remis,hubby mengidam nak makan mentarang,tapi sayangnya tak ada rezeki mentarang ditakdirkan tak de pulak hari tu so beli apa yang ada je la tapi kali ni lain dari biasa,dah jemu mkn kerang dan lala kecik2 dan sederhana sebelum ni jadi aku pilih yang besar2 punya sebab banyak pilihan saiz kat sini,harga ikut kg..Boleh lah esok ratah lala masak serai lagi letak byk2 cili api... huhuhus,berasap makan nanti...

Khamis, 7 Jun 2012

TBR Port Dickson...

Hari ni aku dan anak-anak baru balik dari Tiara Beach Resort, memang tidak asing lagi semua orang mungkin tahu dan pernah pergi tempat ni cuma aku agak ketinggalan lah sebab jarang bercuti paling tak pun naik genting je.Kali ni pun aku tak merancang sebab ikut family aku berjalan,brother sulong yg sponsor jadi hubby tak dapat lah ikut sbb dia pun bukan bleh ambik cuti last2 minit ni.


Pada mulanya suggest nak ke gold coast morib yang dekat tuh tp tak ade rezeki sbb last minit+penuh maybe musim cuti sekolah klu ade pun penthouse yang mahal sgt2 tu uhhhh mcm tak berbaloi lahhhh,berjalan ikut kemampuan je lah di samping boleh menghiburkan hati budak2 ok lah tu.Jadi yang tak jauh sangat,ada enviroment pergi lah kami 5 beradik dgn parents ke sana,mana yang dah ada anak bawalah bersama kecuali anak buah plg kecik Hajid belum masuk setahun umurnya..
Perjalanan tu 2 jam lebih je, pergi dengan kereta aku dan estima abg long tp sorry to say lah aku nak naik keta estima sbb wat pe naik kereta sendiri, bosan dan sempit tambahan pula terpaksa ikut anak2 nak berkawan dgn cousin2 nya naik kereta sama2 maklumlah dlm keta aku mana ada tv player ke apa ntah org panggil benda alah tu bleh pasang cite kartun bagai dlm kereta..Bukannaya apa perjalanan lama nak juga lah berlunjur kaki, badan plak tgh bulat, klu tersalah sikit mula lah sakit pinggang, huhuhu nk urut2 pun hubby tak ikut sama..Berkorbanlah si angah dan adik lelaki aku pulun buat kereta aku jadi kereta pengangkutan barang-barang sahaja..heheh..
Enviroment ok lah jugak sebab banyak pilihan cuma facilities ni kureng cikit,tak tahu lah pendapat org lain camne cuma bagi aku apartment yang kami tinggal tu agak panas walaupun ada aircond tak tahu lah kenapa mungkin cuaca kat sana memang panas atau aircond tu tak berfungsi dgn baik,selain tu freezer leaking dan ada juga masalah bilik air master room yang tersumbat,ape lagi hello2 manager tukar bilik plizzz..nasib baik service diorang ni bagus dan prihatin gak lah nak melayan kami2 yang cerewet nih..Bila dah changing tu ok cikit lah dari yang 1st tu cuma air nye slow sgt2,lantak lah tak kisah dah,noleh lahhh tu dah nama lagi booking last minit jadi terima lah apa yang ada,alhamdulillah juga ada org nak sponsor..


Pada hari pertama bermalam di sana tu dengar gak lah adik dan papa aku cerita malam sebelum nak masuk maghrib ada dengar orang mengemas bagai kat tingkat atas,macam tengah susun perabot tapi mustahil kan kalau ada orang kat atas pun sepatutnya takkan bunyi samapai kat temapat kami kalu tidak dah tentu CF tak lepas apartment ni.. huhuhu,seram gak lah walaupun setakat dengar orang mengemas tu nasib baik kami yang lain sibuk tgh mandi kat waterpark time tu dgn anak-anak.Jadi kami ignore je lah lagipun tidur semalam ok jer tak de apa-apa yang terjadi..


Pada malam tu baring2 atas katil sibuk berbalas mesej dgn hubby dalam pukul 1.15 pagi, si angah(kakak aku) plak baru lepas tidurkan budak-budak tiba-tiba terdengar bunyi orang mengemas menyusun perabot,jadi kami terdiam je lah tak terkata apa,kelu lidah jadinya..Kata angah biarkan je lah,buat tak tahu aje,lama2 bunyi tu hilang sendiri..klu dah macam tu tempat ni mungkin sedikit keras lah maybe sebab tepi hutan cikit walaupun pantai di seberang..
Break1st kat sini ok lah juga,menepati cita rasa cuma yang heavy tak banyak sangat pilihan ada nasi goreng dan bihun aje,yg lain2 tu kek,gorengan spt nuget&sosej,roti,red bean,kuih2 dll..So makan lah apa yang berkenan sampai kenyang dan blah...buffet utk 4org shj..

Jumaat, 1 Jun 2012

Happy 6th Anniversarry...


Esok 2 Jun 2012 genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku dan suami..Seperti biasa tiada apa yang berlaku,bunga?hadiah?celebrate?special dinner?hehehe mana ada...hari yang ditempuh seperti hari-hari biasa sahaja tetapi hari-hari biasa yang biasa aku lalui tiap-tiap hari seharian (heheh ayat sengal ulang2) dan sehari-harinya sangat istimewa sebab aku sangat-sangat bahagia dgn suami dan anak-anak...alhamdulillah..


Aku cuma ingat dulu-dulu waktu tahun2 pertama perkahwinan akulah orang paling bengang dalam dunia,tak ada honeymoon berduaan,tak ada celebrate anniversarry dan hadiah sebagainya..Aku marah-marah hubby tak mcm org2 lain punya asben,muka muncung boleh ikat,asal jumpa je nak cari pasal..Bukan lah aku mengada-ngada cuma nak rasa dihargai sahaja sebagai seorang isteri...




Tiba-tiba.......aku teringat setiap kata2 si dia(suami)............
  • Saya tak reti nak pilih bunga sebab saya kurang tahu jenis-jenis bunga dan yang mana awak suka.
  • Saya tak ada duit yang banyak takut awak lagi tak suka kalau saya beli hadiah yang murah dan biasa..
  • Saya bukan tak nak bawak honeymoon cuma cuti saya sudah simpan untuk jaga awak bila berpantang.
  • Saya tak romantik,tak pandai berkata2 jadi saya ambil lirik lagu untuk tulis surat kat awak.boleh tak?
  • Saya tak reti masak tapi saya try masak maggi letak bawang cikit harap awak suka..
  • Saya tak tahu apa makanan org 'berpantang' tp saya beli bubur mc'D boleh ke?
  • Saya tak suka warna pink tp kalau awk pilihkan saya pakai aje baju ni..
  • Saya tak biasa basuh uri tapi kalau bukan saya yg mesti basuh siapa lagi...
  • Saya tak reti nak komen tapi awk pakai apa pun cantik je bagi saya..
  • Saya tak tahu cara mendekati org tua tp saya anggap ibubapa awk mcm ibubapa saya juga..
  • Saya tidak mengharapkan anak-anak,jadi saya bekerja siang dan malam utk di hari tua kita..
  • Saya juga dah kenyang tapi saya mkn je kalau awk dah tak larat nak habiskan..
  • Saya tersalah pilih saiz baju,tk tahu saiz awk dah berubah sbb saya tengok awk mcm dulu2 juga..
  • Saya tak kisah apa awk nk masak,apa yg awk masak saya mkn aje..
  • Saya tak kisah awk duduk rumah,cari rezeki mmg tugas saya..
  • Saya tak kisah tunggu awk kt hospital janji awk dan bayi sihat sejahtera..
  • Saya bukan org alim,tp kita tetap boleh berjemaah dan saya jd imam..
  • Saya bukan lah sempurna,jika saya leka ingat2kan lah saya ttg tanggungjwb saya dunia&akhirat..
nak tulis memang tak akan pernah habis...sgt2 banyak,dia memang biasa-biasa sahaja tidak pernah meminta,tidak cerewet,tidak byk kerenah,tidak pandai berkata2 tapi sentiasa mencuba-cuba menjadi yg terbaik untuk isterinya....huhuhu


Terima Kasih Abang...I LOVE U...


Sebelum & Selepas 6 Tahun....hehehe
Aku dah gemuks, abg plak dah botaks....