Jumaat, 30 Mac 2012

Pening Kepala Waktu Hamil




Dalam keadaan tidak hamil, sakit kepala atau pening sangat mengganggu aktiviti harian anda. apalagi jika masalah ini dihadapi oleh wanita hamil. Berat badan yang semakin meningkat dan pelbagai lagi perubahan yang dialami ketika hamil membuatkan rasa tidak selesa semakin bertambah.

Jika tidak hamil, sakit kepal boleh diatasi dengan memakan ubat. Tetapi, semasa hamil, tidak dibenarkan untuk memakan sebarang ubat kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada bayi.

Jenis dan Punca Sakit Kepala Ketika Hamil

1. Perubahan hormon dan kitaran darah sehingga berlaku kepada perubahan darah.

Jika ibu hamil membuat sesuatu kerja yang berat dan tergesa-gesa boleh menyebabkan bekalan darah ke kepala berkurangan.

2. Anemia (kekurangan sel-sel darah merah).

Bekalan oksigen yang seharusnya dibawa oleh sel-sel darah merah ke kepala berkurangan.

3. Tekanan di tempat kerja atau tekanan mental yang lain boleh menyebabkan sakit kepala atau pening kerana ketegangan.

Apa yang Perlu Anda Ketahui?

Jika sakit kepala, tidak disertai dengan pandangan yang kabur dan bengkakan pada badan yang berlebihan, maka ia bukanlah satu masalah yang perlu dibimbangkan.

Tanda-tanda tersebut adalah gangguan migraine atau pre-eclampsia. Selain itu, tidak perlu risau jika sakit kepala tidak disertai dengan sakit pada bahagian bawah perut dan pendarahan sebagai salah satu tanda kehamilan di luar rahim.

Bagaimana Cara untuk Mengatasinya dan Mencegahnya?

- Tenangkan badan secara rutin supaya pengaliran darah berjalan dengan lancer dan rehat yang secukupnya.

- Kurangkan aktiviti yang dapat menimbulkan ketegangan, cubalah untuk menghadapi masalah hidup dan hentikan sebarang kegiatan jika kesihatan tidak mengizinkan.

- Makan makanan yang mengandungi nutrient dan kurangkan mengambil makanan yang terangsang untuk mengalami gangguan perut seperti pedas dan berlemak kerana ia juga boleh mencegah timbulnya sakit kepala.

-Apabila sakit kepala menyerang, baring perlahan-lahan dengan posisi kepala lebih rendah dari jantung atau berbaring dan Alaskan kedua-dua belah kaki dengan bantal dalam beberapa minit, jangan lakukan gerakan yang menyakitkan.

Khamis, 29 Mac 2012

Preggy moment...

Perkara pertama yg aku plg suka time prgnt bila hubby layan cam baru kawin..Bila nk minta ape2 dia usaha dptkn.Tp aku tkder la smpai mengambil kesempatan minta dicari yg bukan2.Dah nk msuk 7thn kawin jd jgn nk over sgt menuding jari nk itu nk ini..Sape tk seronok kalu dilayan bagaikn puteri slama 9bln.Kalu dah bsalin nnti ko try buat lah habit mcm skang ni nnti hubby cpt je ckp ngada2+buang tebiat..aku punya boss la..klu org ln aku tk tahu...


Tp ada gak perkara aku tk brapa nk suka time prgnt nih,mulut slaLu pahit,muntah2 kuning tk kira waktu tu mmg menyakitkn.Kdg muntah smpai kuar air mata,bukan nangis tp sbb menahan kesakitan tu...Mlm2 tgh tdo plak kaki krem,mengulor smpai ke peha..klu mula2 mngandung ank ptama dulu bila krem menjerit mcm nmpak hntu,hubby yg terjaga pun tolong la hilangkn krem tu..tp skang tak lg cam dulu sb tpaksa kawal,klu menjerit kang sedor pulak ank2 aku...tahan je smbil gigit towel ke baju ker..lama2 dia ok sndiri..hrmmm..

Isnin, 26 Mac 2012

CREAMY BUTTER PRAWN


Bahan-bahan ( - )
  • 300 gram udang 
  • 5-7 helai daun kari 
  • 2-3 biji cili padi 
  • 100ml susu cair 
  • 50gram butter 
  • Garam dan gula secukup rasa 
Cara-cara 

  • Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak cukup panas)
  • Masukkan udang dan goreng sehingga kemerahan. angkat dan toskan
  • Cairkan mentega dalam kuali lain
  • Bila dah berbuih, masukkan susu cair. Kacau sebati sehingga agak pekat.
  • Kemudian masukkan garam, gula, cili padi, daun kari dan udang. Gaul rata dan tutup api.
  • Kalau suka, boleh taburkan cheese... 
Semalam hari minggu try la buat creamy butter prawn ni amik resepi kat internet tapi ntah la tak sama rasa mcm kt hotel genting aku mkn dulu2 tu..Resepi lebih kurang sama jer klu tgk kt mana2 pun mungkin aku yang tak reti sbb 1st time buat bnda ni atau tekak tak leh terima sbb bnda ni mungkin memualkan bg org yang tengah berbadan dua cam aku..Tapi apa2 pun anak2 makan ok jer..alhamdulillah..

Cuti Sekolah..


Malas nyer nk update blog ni sbb tenet slow giler2..bosan betul,nk upload gambr pun tk bleh..Cuti sekolah ari tu bwk kids gi jalan-jalan kat genting theme park sbb tak tahu lg mane nk pergi kan,seronok nye budak2 je la sbb dpt main mcm2..dewasa pun seronok gak tp biasalah kalu mengandung mne ble main yg adventure2 tu pun jadi tgk ajer lah..Tapi keretapi laju yg indoor tu aku naek gak sorg2 diam2, hahaha..mmg terhentak2 giler ler risau dibuatnyer,hubby dah larang tp biasa ar bila time kedegilan tu dtg dia tk kira masa tp alhamdulillah lah baik2 ajer.. :) Jadi sepanjang duk sana 3 hari 2 mlm kat first world hotel tu selain main mainan,shopping n makan je lah kejanya..tempat2 sejuk ni mmg cepat lapar la kot..hahaha.. 

Ahad, 4 Mac 2012

Cili Mesin..

Cili merah atau cili kering kalau disimpan lama-lama tanpa diguna kadang-kadang kualitinya tidak lagi baik seperti waktu mula2 kita belikan..Sama juga bila cili tersebut bila dimesin jika berlebihan atau ingin disimpan dalam peti sejuk dalam jangka masa yang lama ia mungkin akan berbau kurang enak atau berkulat..Jadi aku dari dulu lagi ikut cara opah aku..Kisar semua cili kering ,cili merah, cili api tu berasingan kenudia bekukan sebeku2nya dalam peti sejuk tempat yang biasa kita bekukan ketulan ais tu..Sesudah beku,pecahkan cili tersebut menjadi bentuk kiub ketul2 macam di atas dan simpan balik di tempat yg sama..Senang bila nak pakai terpulang byk mana kita nak pakai bergantung pada kuantiti masakan kita..Tak perlu lagi nak buat 2 3 kali kerja bila time memasak kan, semua dah tersedia dlm peti..Sama juga seperti halia, lengkuas, kunyit hidup dan sebagainya lah..Kisar dan tambah sedikit air lalu bekukan..Jadi tidaklah bhn2 masakan kita terbuang begitu aje bila dah lama sangat kita simpan atau tak pakai..Sesuai untuk sesiapa yang jarang masak di rumah..Boleh tahan sampai berminggu2 dan rasa masakan pun masih sedap seperti biasa walaupun dah berminggu kiub/ketulan cili itu tersimpan dlm peti...heheheh

Sabtu, 3 Mac 2012

Jom Makan...

Hari ni masak nasi lemak jer sb permintaan amran,si anak sulung.Tapi aku masak skali la lauk sambal sotong dan daging masak rendang..Dia pesan kalau masak nasi lemak tu sediakan 3 biji telur rebus untuk dia saja..Azam plak mintak nk lauk ayam tapi tak sempat lah nk buat suma bnda tu dlm 1 masa.Ape yang ada dlm peti je lah aku masak janji kenyang..Hubby suka sgt hidangan hari ni siap tambah 2 kali lg, padahal jap lagi nk gi keja plak tuh,msti ngantuk punyer..hahaha..ok je kot sb dia jg cctv je kt bilik cctv so ngantuk pun tkpe lah..tak de yg perlu dirisaukan..Puas hati betul sebab syasya si dara bungsu yang susah nak makan pun makan gak tapi dia makan sendiri lah..tak bersuap macam azam..mmg angin dia la kot tiap kali makan nk makan sendiri..hmmm... :)

Khamis, 1 Mac 2012

Hukum Pemakaian Contact Lens (Kanta Lekap)


Soalan;
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat atau puasa. Adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?
Jawapan;
Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]
contact lens berwarna yang menarik
Contoh contact lens berwarna-warni
3. Adapun penggunaan contact lens samaada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
Wallahu a’lam.