Selasa, 23 April 2013

Dejavu Pergi..Back to normal



Dejavu - Shila Amzah

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

[Chorus]
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Sabtu, 20 April 2013

Please Come Back...lol

Salam..
Hari ni mood melayang2, 
mana dia nk pergi suka2 hati jer, 
aku jerit2 panggil mood aku tu balik 
pulang ke pangkuan hati aku ini tapi dia tak mahu, 
dia permainkan aku, dia lari2 tertawakan aku,
dia harapkan aku kejar2 dia,memang aku dah cuba..
cuma aku tak dapat tangkap..

oh mood...
kau jangan buat aku mcm ini
bertahanlah kau di hati aku
jangan kau tinggalkan aku tanpa perasaan
jangan kau biarkn aku tanpa haluan
susahnya aku lalui hari tanpa mood
kenapa bila aku hepi kau ada je sengih2 dalam hati
bila aku sedih kau cuba nak lari2
kejap datang kejap pergi cam tu je

ok lah mood,
mungkin kau tak nak share sedih aku ni
mungkin kau rasa beban dgn rintihan aku ni
nevermind,pergi lah kau kalau kau nak
pergilah kau ke mana saja kau suka
itu hak kau, hati aku milik aku
biar aku jaganya sendiri,biar aku rawatnya sendiri
seseungguhnya hanya aku yang mampu
kau apa tahu???!!
datang pergi suka2 hati..
senang2 je kau hye hye bye bye aku yer

ok lah mood..
aku tak nak membebel kat kau lagi
kalau lebih panjang lagi aku tulis
nanti aku masuk pusat meranti..
dan selebihnya kau akan terus pergi tak datang2 lagi
kihkihkihkih
inilah aku yg merepek di petang hari...
bye bye..can cin cau!

Isnin, 8 April 2013

Aku Dan Diaaaaa


Kami sgt berbeza...susah nak nampak persamaan
Hakikatnya hanya kami wanita idaman dalam famili kecil ini
Aku suka purple,dia suka pink!
kata hero besar tak apa purple dan pink lebih kurang sahaja
Aku comel gebu2 kot(perasan),dia halus kurus mulus tulus..hihi
Aku suka tgk wayang dia suka nyanyi2 karok
Aku suka jiwang2 rock dia suka k-pop
Aku suka chibi maruko chan dia suka dora the explore
Aku suka dress seluar dia suka skirt2 maxi
Aku suka kek2 dia suka biskut2(haish tgk bdn la)
Aku suka ikan dia suka ayam(tu plg tak gemor ler asyik kena ikut mkn kfc je smpai aku nk muntah!)
Aku suka minum jus2 buah dia suka susu or milo(opkos la dia masih ank2)
Aku suka masak2 dia suka mengemas shj
kdg2 ade masa2 dia anti dgn aku & aku pon sama..haihhh
tp takkan lah..dia tetap my only one princess huhuhu..
Waktu preggy kan dia,aku selalu tgk muka Lisa Surihani yg kiut tu..hehe
Nak letak nama Lisa big bos tak kasik.. :p
So ape yg sama..?belum nampak lagi kot..tunggu dia besar sikit lagi ler yer
tak kisah lah xsama pon sbb big boss bgtau senyuman kami masih sama(amik ati le tu)
dan kami sama2 mengada-ngada dan overrr..hikhikhik

Sabtu, 6 April 2013

1st Time In My Life

Bila aku buat benda alah ni depan cermin, aku gelak sorang2..Tapi lama2 jadi seronok lak tambah2 lagi bila encik suami dan ank2 beri sokongan..ikut sama ape yg aku buat..hikhikhik
Tau tak pe benda.....?hahahaah..senaman POCO POCO...kikiki..
go..go...heyargh2...
Act suami yang mengajar step2 poco2 ni, amboi expert lak dia yer..ko gi dangdut ke ape ni kang aku tarik tinga jadi lebor selebornyer kang..haippppp!
Sebenarnya suami pon belajar dari mak nyer sendiri..Kata mertua poco2 ni tarian lama dah, klau ade majlis merewang ke ape dulu2 mesti ade joget lambak and poco2 ni..so dorang dah biasa..Skang benda2 mcm ni dah takde dan ade setengah pendapat mengatakan benda ni sebenarnya haramm

Hurmmm terpulanglah, tapi ape yg pasti aku wat kt umh jer, bukan dpn org ramai okeh..exercise sampingan sambil2 masak, dukung ank, kemas umah ape salahnya kan, nanti ade la kuncu2(kids) yg tumpang mengikut especially ank gadis ku yg over n gediks tu klau dengar sebarang muzik..hehehehe
Mana la tahu alah bisa tegal biasa leh kurus ke klu biasa wat gini..hikhik..al-maklumlah nk exercise sit up bagai tu siyes aku malas tambah lagi klau sorang2..hehehe

Khamis, 14 Mac 2013

Happy Wedding..

Slm..Halooo..
Belum terlambat lagi nak wish "SLMT PENGANTIN BARU"..hehehe
Layanzz pic kaweng dorang..hoyeahhh..

                                                                                       



Sanding jap eh tumpang pelamin cik pengantin,ampunn! hehe

Majlis Bertandang...
Sempat Lagi..haha

Rabu, 6 Mac 2013

Terkurung

Title tak hengat..!
Siapa lagi klau bukan aku yang terkurung..
Klau aku membebel kt sini pon xde sape bleh tolong..

Aku dan hidup ku,
bukan lah rasa sepi atau terseksa
cuma ku ingin bebas terbang seperti insan lain,
ku bukan ank kecil, ku bukan boneka..
aku ingin bebas..bebas ke mana2..
bebas membuat sesuatu yg aku suka,
bebas menuding jari ke mana arah,
bebas melihat indahnya dunia...
Fikiran ku dihimpit rasa yg suram muram kusam
kerana kanan dan kiri ku sentiasa gelap...
Please....

::HAK BERMAIN HAK KAMI....!
Bukan nk pi main2 pon.... :(

Bosan...

Dalam hidup ini kita diberi banyak pilihan, kita pilih & DIA tentukan..
Bagaimana mahu memilih,adakah pilihan itu dari hati,dari rasa,dari fikiran...?
Yang hitam atau putih,yang panjang atau pendek,yang kiri atau kanan,yang cantik atau jelik,yang elok atau buruk,yang bersih atau kotor,yang nipis atau tebal,yang kasar atau lembut,yang suci atau cela,yang wangi atau busuk dan semua lah yang ada..
Namun kita tidak sedar kadang2 setiap yg menjadi pilihan itu pasti keindahannya hanya di luaran semata-mata..pasti yg cantik,suci,wangi,putih,lembut sahaja yg nyata di mata..Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri bagaimana setiap pilihan itu adalah benar...bagaimana jika ia tidak sesuai,tidak padan,tidak sekutu, atau sebaliknya...?U'll know the answer,just close ur eyes for second.. :)

Selasa, 26 Februari 2013

Rascal Flatts - What Hurts The Most



And never knowin'
What could've been
And not seein' that lovin' you
Is what I was tryin' to do

Isnin, 25 Februari 2013

UNGU-aku bukan pilihan hatimu



Jika memang diriku Bukan lah menjadi pilihan hatimu
Mungkin sudah takdirnya
Kau dan aku takkan mesti bersatu

Harus slalu kau tau
Kumencintamu disepanjang waktuku
Harus slalu kau tau
Semua abadi untuk slamanya

Karena kuyakin cinta dalam hatiku
Hanya milikmu sampai akhir hidupku
Karena kuyakin disetiap hembus nafasku
Hanya dirimu satu yang slalu kurindu

Harus slalu kau tau
Kumencintamu disepanjang waktuku
Harus slalu kau tau
Semua abadi untuk slamanya

Karena kuyakin cinta dalam hatiku
Hanya milikmu sampai akhir hidupku
Karena kuyakin disetiap hembus nafasku
Hanya dirimu satu yang slalu kurindu

Fazley Yaakob - Maaf Ku Mencintaimu - Official Music Video



Maaf jika ku terlalu selesa
Maafkanlah jika tak mampu berpisah

Telahku cuba
Terseksa tak terdaya
Terasa bukan memaksa
Bukan juga ku meminta

Maaf jika cintaku takkan mati
Maafkanlah jika aku takkan pergi
Tak ku mampu berhenti
Tak ku izin simpati
Hanya mengerti
Hanya kau utuh di hati

Andai bisa ku ingin jadi air mata
Terbit di mata matiku di bibir
Walau cuma seketika bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku mencintanya

Maaf jika ku semakin setia
Maafkanlah jika kau takkan ku lupa (ku lupa)
Telah ku pinta biarlah tak berubah hatinya
Maafkan kerana benar aku amat cinta

Andai bisa ku ingin jadi air mata
Terbit di mata matiku di bibir
Walau cuma seketika bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku mencintanya

Andai bisa ku ingin jadi air mata
Terbit di mata matiku di bibir
Walau cuma seketika bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku mencintanya

NINEBALL-ingin tapi ku tak bisa



Sadari arti ini dia lembut membawaku
Menjadi satu arti cinta

Ingin memelukmu tapi ku tak bisa
Ingin bersamamu tapi ku tak bisa

Kucoba halangi tuk retasi kilauanmu
menjadi satu arti cinta

Coba memilihmu jadi satu akhir cerita
Coba memilikimu
Ku tak akan bisa
Ku tak akan bisa

Kim Jong Kook - One Man



It must've been a long time.
Long enough for these words to become colorless.
Even if I just see your eyes, I know everything,
Like your friend, like your shadow.

We must've been together always.
When you're having hard time and you are sad,
even when you're lonley. Holding onto seperation a bit longer,
Even when I'm hurting to wipe away your tears..

There's a man. Who loves you so much.
There's a man. Who can't even say I love you.
By your side I put my hand out and
at a path were you can always reach me
I, who cherishes you more than myself, am with you.

To make you laugh, I think of only that and
When and where ever you are I'm watching you and missing you.
And who worries of only you,

There's a man. Who loves you so much.
There's a man. Who can't even say I love you.
By your side I put my hand out and
at a path were you can always reach me
I, who cherishes you more than myeslf, am with you.

For the thousandth time
I swallow and again for ten thousandth time
I try to set everthing straight.
I want to tell you.
I think I'm going to go insane but.
I want to embrace you all at one but...

There's a girl, who doesn't know I'm like this.
Who receives love but doesn't even know that it is love.
Leaving you, who is as foolish as I and sad,

At this moment tears come but I'm happy.
It's because you're by my side.

Khamis, 7 Februari 2013

TenTanG AHMAD ADAM SYUKRI

Salam dan slmt mlm semua...hari ini 7/2/2013 adalah hari yang mana kebanyakan kita berduka atas pemergian baby Adam..Setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh bayi dan keluarga yang sentiasa setia menemani akhirnya perjuangan itu sampai di sini..Ya Allah bila mendapat berita itu jiwa aku luluh lemah longlai,air mata gugur serta merta tak dapat ku tahan..Dari sejak tghari sampai la sekarang aku belum boleh gembira, entah lah mengapa,begitu pilu aku rasa seperti kisah ini sudah sebati dan begitu dekat dgn fikiran aku..Dari sejak awal mengikuti perkembangan bayi ini mmg kuharapkan satu keajaiban berlaku ke atas dirinya..Namun Allah lebih menyayanginya..Setelah beberapa bulan berbagai dugaan datang satu persatu namun bayi ini sungguh ceria di samping ibu bapanya yang begitu tabah setra tidak berputus asa..

Daripada awalnya demam,kulit bernanah,matanya rosak dan pelbagai operation yang telah dijalani hingga dipindahkan dari Sarikei Sarawak ke HKL, dan yg terakhir paru-parunya dijangkiti kuman dan oksigennya menurun serta merta...Maaf kawan2 apa yang aku taip ni mengikut kehendak hati aku sendiri,melepaskan kesedihan yang aku rasa. kalau ada tersalah info atau sebarang maklumat yg tak betul maafkan aku, sekadar bercerita kenangan sepanjang mengikuti kisah tentang Baby Adam, sama2 lah kita sedekah kan Al-fatihah buat arwah .Semoga roh Baby Adam tenang di sana, syurga itu pasti buatmu sayang...tenanglah kau di sana dan salam takziah buat famili Baby Adam...

Mungkin ada antara anda yang sudah tahu atau yang masih lagi tidak tahu tentang kisah seorang bayi yang bernama Ahmad Adam Syukri. Usia Ahmad Adam baru sahaja mencecah 11 bulan. Namun, takdir Ilahi telah menyebabkan sesuatu terjadi ke atas dirinya dan juga keluarganya berdasarkan profil Facebook, facebook.com/AhmadAdamSyukri.

“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…

“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.

“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”

Baby Adam  04/03/2012-07/02/2013
Kasih Ibu...Al-Fatihah...

Rabu, 23 Januari 2013

Mengisi masa lapang


Salam...Slmt tahun baru..

New year celebration?...NO! Klau tahun baru islam ok but not celebration lah juz mkn2 dan doa selamat sahaja sebagai umat islam...
Masuk tahun baru jer banyak dpt undangan majlis perkahwinan dari bulan jan 2013 sampai la mac 2013..FULL..tapi mana yang dekat jer mampu gi,klau yang terlepas sbb jauh luar dari selangor maybe tak dpt attend,so ape pun aku doakan semua pasangan yg bakal berkahwin berbahagia hendaknya...amin..

First job utk new year..hehheeh..packing kudapan aka goodies..Ni bukan keja sambilan yer tapi suka suki kami laki bini utk bro in law punya ceremony early febuari nanti..Hopefully semua berjalan lancar...aminnn..Terima kasih kpd fazzenterprise.blogspot.com membekalkan kerepek2 yg gojes pada kami..Fazz enterprise 7F Krepek House ni terkenal dgn pelbagai jenis kerepek,macam2 ado dan harganya sangat2 lah berpatutan..

Kebanyakan org yang bisnes2 kat pasar malam area pj-kl-selangor ni mmg borong rambang dgn dia lah..Kat area Kanchong Banting ni banyak pilihan kedai or kilang2 kerepek yang aku tgk dalam 5 hingga 6 kilang la yang kami jumpa waktu sesat nak cari Fazz Ent. ni..Walaupun sesat berbaloi gak kitorang bleh survey lokasi2 kawasan pedalaman area banting ni terkenal dgn mcm2 perusahaan dari segi bahan mentah dan jenis2 makanan..Orang kampung skang lagi hebat tuuu...caya lahh...

So keja packing2 ini kerepek kiut miut ni hanya berjalan selama satu hari setengah tanpa OT waktu malam.Itu pun dgn bantuan Encik suami dan ank sulongku yg gigih,45g x 450 pcs je tapi kami buat lebih dalam 500 pcs la gak..hehehe..elok dilebihkan daripada tak cukup kan..Thanks a lot to hubby and son kerana sudi membantu so aku belanja dorang minum milo ais je lahhh,buat sdiri letak milo byk2 dorang sukeeeee..hehehe :)

Kerepek Pisang Tanduk

Kerepek Bawang

Kerepek Keladi BBQ


Sabtu, 12 Januari 2013

Bila Hati Rindu....


Aku sangat merindui detik-detik indah bersama anak-anak yang dikasihi, pengalaman paling indah setelah bergelar isteri adalah kehamilan...namun lebih indah apabila kehamilan yang diakhiri dengan lahirnya putera dan puteri, hari demi hari, tahun berganti tahun...alhamdulillah aku bahagia menjadi ibu...biarpun penat dengan tugas seharian namun ia terbayar dengan setiap tawa dan senyuman anak-anak tercinta..Namun dalam hati ada yang masih kurang, sukar utk dimengertikan hati ini...segalanya bermula apabila 'dia' menyambut mesra tanganku, selesa disampingku, selamat dalam pelukanku..dia lah anakku..walaupun dia tumbuh bukan dari rahimku...namun dia adalah sebahagian dalam hidupku...ya, dia anak susuan ku...2tahun sebulan kini, baru sahaja petah berkata2, baru sahaja bermula langkah demi langkah....membesar lah kamu wahai anak sebaik-baiknya, walau tidak denganku..namun ku yakin kau sangat selesa dan bahagia di samping orang tuamu di sana...Berikan lah peluang untuk mereka buktikan bahawa kasih sayang yg mereka curahkan itu sungguh bermakna dan bernilai buatmu wahai anak..aku ini hanya sampingan, tidak perlu lah dikenang2 akan diri ku ini,cbiarlah hanya aku yang mengintaimu dari kejauhan ini..semoga kau sentiasa berbahagia dan menjadi insan yang berguna suatu hati nanti....

*Muhammad Hasif, Ku sungguh merindui kamu...