Ahad, 28 Oktober 2012

JiKa iTu YaNg TeRbAiK..UtK Ku...

Perasaan rindu kat kawan2 sgt membuak2 terutama skali kawan2 kt kolej dulu2..Selalu mereka2 buat gathering, reunion dan macam2 lagi perjumpaan tetap aku tidak berkesempatan utk join mereka.. :(
En.Suami udah tak kasi ku utk bersosial terutama dgn kawan2 kolej, ex office mate dan yang sekutu dengannya..Sehingga ada segelintir member mcm fedup dh nak invite aku utk apa2 gathering mcm dah tahu dan kompom akan dpt alasan yang sama..Sedey nyer kan..tgk mcm ada reunion & diorg tk add pon nama aku..huhuhu,padahal aku ler yg agak kecoh ribut suatu ketika dahulu..hurmmm..Aku faham sgt lah bila dah jadi mcm ni,bukan salah sesiapa pun cuma keadaan sgt tidak mengizinkan..Org lain walaupun dah kahwin, ada anak2 masih bleh join jugak klau ade ape2 gathering tp aku...??? huhuhu

Aku tidak salahkan suami yg tdk mengizinkan, mungkin ada reason2 tertentu yang tidak senang baginya utk membenarkan aku keluar dgn mereka..Katanya dia takut aku lupa jln balik umah (lupa diri dan terpengaruh)..Klau diikutkan boleh ke aku lupa diri, takkan lah bleh terpengaruh plak lagi pun aku dah cukup dewasa dah jdi mak org pun, beza setahun je pun dari suami...huhuhu...nasib lah...Kawan2 aku pun semua dah byk berubah bila kebanyakannya dah kahwin still bleh jumpa jugak sesama diorang..Yg dulu2 punyer citer tu hanya old stories, tidak perlulah dipertikaikan kembali jahat atau baik seseorang.Setiap manusia tak lepas dari kesalahan, dulu2 aku berkawan dgn diorang tidak lah aku mengikut atau terpengaruh dgn benda2 tak elok...Tapi apa2 pun aku bersyukur masih bleh keep in touch dgn kwn2 kt alam maya ni...Aku terpaksa akur dengan semua tu memandangkan suami pun tak pernah melibatkan diri dlm sebarang event, gathering or whatever..hidupnya 24jam++ hanya membanting tulang utk mencari rezeki...Suami dan anak2 perkara plg penting dlm hidup aku sekarang, bleh ke aku keluar jumpa kwn2 dgn perasaan yg tenang dan happy tanpa restu dari suami..tentu sekali tidak, gelisah resah aje jadinya nanti. Lagi jatuh dosa free pulak tuh..Walaupun dah tak boleh bersosial dgn kawan2, hujung minggu aku diganti dgn bersosial dgn famili...famili aku, famili suami dan diserikan lagi dgn anak2 serta anak2 buah..Itu lah yg terjadi selama aku berkahwin, mungkin itu yg lebih indah, lebih sesuai utk hidup aku dan suami.....

Rabu, 17 Oktober 2012

Anjang is going to get married...

Anjang dh nak menamatkan zaman sunti nya dgn jejaka dari kelantan pd hari jumaat ni..Bukan senang nk decide pilihan bagi dirinya,mana tak nya b4 bertunang byk benar pilihan yg ada tapi mungkin dah tersurat jejaka bertuah tu adalah Encik Mad kita dari klate..Dulu dia pnah ckp nk cari suami hensem mcm hubby aku..wihihihi..hensem ke...?kolu ckp sedap mata memandang ok lah..tp klau 'hensem' tu owhhh sungguh tk leh terima..mesti perasan laki aku tu kalu dia teringat balik...hrmmmm..dan anjang pnah bgtahu nak cari org klate katanya,untung2 dpt yg baik hati mcm aku...uhuk2, baik ke? mcm ni dia kata baik..?appreciate lah klau itu yg dia pikir ttg aku...Tapi dlm dunia ni takde org yg perfect, semua yg perfect datang dariNYA...lain org, lain cara, lain citarasa, lain pendapat, lain pemikiran..Tepuk dada tanya selera, dunia luas terbentang..pilih lah jalan yang terang atau pun paling tidak pilih lah yg jalan yang ada cahaya...begitu juga seumpamanya, jika diberi byk pilihan, pilih lah pasangan yang sesuai dan memahami, bukan mengikut citarasa semata2..kerana hidup suami isteri pastinya nak kekal lama bukan sekadar teman utk suka2...

Ahad, 14 Oktober 2012

Arrgggggggghhhhhhhhhhh penat

Aku penat lah belakangan ni..bayangkan lah baru lepas 2bln pembedahan bersalin, belum boleh angkat berat,belum boleh mkn sebarang mkn sbb masih bf...jenuh nyer lah..Ape yang tak berapa gemar tu bila tugas sebagai isteri/ibu datang bertimpa-timpa atau sekaligus...Ini lah kesan jika tidak pandai merancang atau menjarakkan kelahiran, betul juga kata kawan2 kita perlu fokus dlm membesar/mendidik anak dengan sebaik mungkin supaya mereka dapat mempelajari setiap langkah tutur dengan lebih berkesan tetapi walau bagaimanapun aku tetap bersyukur, ini rezeki utk aku..rezeki dunia akhirat...siapa aku utk menentukan segalanya...Allah takkan menguji hambaNYA yang tidak mampu bertahan...Anak2 anugerahNYA yang paling berharga, selepas setahun 3 bulan berkahwin hidup aku berubah dengan kehadiran anak pertama, kedua, ketiga dan keempat...Semuanya dalam masa terdekat dan kadang2 aku perlukan bantuan suami untuk menguruskan anak-anak yang semuanya masih kecil..Alhamdulillah dapat suami yang penyayang dan ringan tulang..Alhamdulillah hidup aku tak pernah sunyi sepi dan suram..Kalau ada masalah, berita tak best, atau apa sahaja yang menyentuh perasaan pun aku tak sempat nak bersedih bila anak-anak datang duduk menghimpit di sekeliling..Begitu ceria secerianya hidup aku ni dengan anak-anak, rasa seperti baru bangun dari tidur je dah bertukar senja kena uruskan anak-anak mandi dan makan lepas tu snek ringan dan susu..
Time hubby keluar mencari rezeki bila baby nangis nak bf...tiba2 yang kakak pun nak susu juga...diikuti abang azam pula nak berteman ke bilik air pulak sbb baru belaja tak pakai pampers....dlm masa sama si sulong suruh sediakan nasi lah pulak, jika lambat dia merajuk dan masam muka...Kudratku masih mampu buat semua tu cuma aku tak yakin bagaimana aku nak tunaikan permintaan anak-anak tu dlm satu masa yang sama..Bila baby dah tido, aku melabuhkan bdn mauk lending sama dah dengar anak-anak bergaduh kat luar, baby yang baru diulit mimpi bangun balik sebab terdengar bising kat luar bilik sbb abg2nya tgh bergaduh..mereka bergaduh tangan kaki mulut semua pakai..Lepas tu adalah yang menangis..Kalau abahnya ada pasti dah kena rotan tapi aku tak sampai hati jugak nak rotan terkenangkan sakit beranak lupakan terus tentang rotan..Pujuk baby, pujuk abg2 yang menangis, umpan gula2...dah settle...mula nak masak je si kakak yak lah, abg2 berebut mainan plak lah dan macam2 lagi....Ohhhhh ia tak semudah yang disangka...bertimpa2...masak tergendala, basuh kain apa lagi...Tiba dah tengahari hubby dah balik nak makan, masak blum settle...uhuk2...Hubby penah nak beli lauk dah siap tapi aku tak bagi...takut tak bersih sbb pnah jumpa lalat dlm kuah..itu aku mmg pantang..biarlah masak ringkas janji yakin bersih...Aku terpikir jugak org dulu2 anak ramai camana ek?huhuhu..entah lah..Aku berdoa semoga aku dan hubby jadi parents yang baik sampai bila2..TAK MAHU ANAK-ANAK RASA KEKURANGAN WALAU SEDIKIT PUN..Kami akan cuba sehabis boleh demi anak-anak tersayang..Insyaallah...

:: Penat seharian ke sana ke sini ke mari sibuk dgn anak-anak TAK KURUS2 PUN! bak kata Kak Ngah.. hehehe, kan tgh bahagia ni mmg la gumuks.. :p


Isnin, 8 Oktober 2012

Kebenganngan,ohhh hati tenang lah dikau...

Apa nak buat bila kita tengah bengang dgn someone yang ntah lah nak kata kurang cerdik pun tidak tapi tidak pandai menilai sesuatu kemungkinan yang bakal terjadi aka tak reti buat keputusan,tak reti pikir kesan2 atas tindakan,tak pandai menjaga perasan org penting,tak tahu menghargai situasi alam sekelilingnya..dan semua lah yang seumpama dan sekutu dgn nya..bengang tu bengang juga tapi siapa lah kita untuk menentukan segala hari2 penting dlm hidup dia...WHAT??? no kami mmg bukan siapa2 untuk membuat penentuan but one day kita lihat kalau-kalau dia cari kita utk sesuatu benda atau mungkin dia kurang sedar apa yang dia buat tu btol atau tidak..Hopefully sesiapa yang bakal berkahwin, nasihat aku pastikan you all ingat susah senang saudara2 terdekat anda yang mungkin tak berapa penting dah selepas you all dpt pasangan masing2 ni, bukan minta dilayan bagai raja atau sebagainya cuma minta hargai lah sikit situasi yang anda sedia maklum,perbincangan adalah jalan yang terbaik sebelum anda decide kan sesuatu keputusan yang kurang menyenangkan perasaan famili anda..

-->Tak mengapalah suamiku sayang,whatever happened about our famili i selalu ade di sisi u and u bleh je luah kebengangngan u kat i coz i pun sedikit sebanyak terkena gak tempias kebengangngan tu.Sama2 kita doa mereka akan sedar suatu masa nanti, semua org tahu air yg dicincang takkan putus..kecuali i bawak 1/2 air tu masuk dlm gelas and minum..hahahahahahaa