Rabu, 22 Februari 2012

Rosak sampai bila entah... :(


Memang bengang ler mesin basuh dah 2 minggu rosak,dtg technician dia kata tak boleh repair kt umh sbb dh jem teruk,kena tunggu sminggu lagi dia angkut repair kt kedai..Rasa macam nak beli baru jer tp ape plak nk wat dgn yg rosak tu klu tk repair..Alang2 dah 6 tahun mmg patut lah dia jem kot tp nk beli baru hubby lak kata membazir,tp pndapat aku lah klu bnda letrik cam ni even dah repair lps ni sure boleh rosak lagi..After repair ni klau rosak lagi of coz aku jual kt besi buruk terus,tu pun kalu dia nak la..Nak menunggu lagi seminggu ni habis hilang mood aku sbb penat nak basuh dgn tangan..Nak basuh tu tak pe lagi setakat bilas2 tuh tp nk perah buang air adui mak, tak larat sguh kalu dah banyak2 kain dikumpul ni..Mintak tolong adik or hubby pun diorg tak mau katanya susah..Takkan asyik nk hantar dobi pulak..macam rugi ajer...huhuhu..

Ahad, 19 Februari 2012

Anak2 Terlelap



Baru lepas main masak-masak dia gaduh dgn abg dia  nangis merajuk terus terlelap..kesian tapi still masih sopan cara terlelap tu..


Macam biasa si azam ni klu terlelap style tu nak selesa ajer..


Penat baru lepas main skuter memang inilah salah satu hobinya....Budak2 ni kalau tido sorang tido semua tu yang bagus tu tapi dah asar baru nak tido menyebabkan bila malam aktiflah..kadang 2 pagi baru diorang tdo..

Menu hari minggu..


Hari ni pagi2 bangun pergi pasar dengan en.suami,suruh dia pilih sndiri nk makan ape,senang bleh pilih..1st sekali nak beli ketam wat masuk lemak tp tak sempat habis disapu org sebab lambat terhegeh2 menunggu turn nak ambik plastik so beli lah ikan merah,ikan pari,daging,sotong,sardin dan kembung campur sayur ckit..stok untuk 1 week..tp rasenya ble tahan sampai 2 minggu kot..ahahaha..

Klau masak sup,ape2 sup lah,sup daging,sup ikan,sup ayam ke mesti nak kena ada smbal blacan baru best,buat pedas2 bior en.suami teringat sepanjang hari hihi sbb telinga berasap..Masak ape-ape pun telur dadar mesti/wajib ada nanti anak2 tak nak makan..Susah hati klu anak2 tak makan nanti tak aktif,antibodi pun kurang..

Jumaat, 17 Februari 2012

Jangan Mengalah Dalam Soal Cinta

Jika hari ini kamu tewas dan kalah.. Di dalam mengejar erti cinta mengikut kemahuanmu sendiri.. Kamu kecewa dan terluka.. Dan membiarkan sakit sakit menghiasi harimu.. Jangan kamu rasa keperitan itu ada sepanjang kehidupan kamu.. Itulah pengalaman bermakna buat dirimu bagi menghadapi hari mendatang di dalam mencari cinta yang seharusnya kamu miliki.

Malam Sabtu Punya Hidangan

Telur Dadar aje...


Malam ni husband keja jadi umi pun malaslah nak masak special2 pon tambah lagi pening kpala dan pg td plak bgn lambat menyebabkan tak sempat nak pergi Pasar..Sori ye anak2 kita makan ini aje dgn nasi + kecap,sok kita mkn malam kat luar yer..Cari tempat2 best ckit utk dinner sok,tp umi harap jgn ada ank2 yg bising2 nk mkn mc'donald or kfc n whatever fastfood plak kt abah..umi sgt2 bosan dgn bnda tu suma lagipun tk elok selalu mkn fastfood tuh..

Pening Lagi..

Sakit lah kepala aku hari ni,hubby plak tengah demam..Hari ni menu siput sedut masak lemak cili api dan ikan masin aje..Bila cek blood presure ok plak..normal je cam biasa..Pening dgn suasana rumah kot tertutup jer sepanjang hari..Hari ni rumah pun belum kemas pening punya pasal..Mungkin sebab selalu sangat aku main game belakangan ni..Gini lah jadi nyer..,klu dah main game tu khusyuknyer susah nak berhenti sampailah dgr anak menangis nak susu atau bergaduh diorg adik-beradik..

Tapi ok lagi aku lah berbanding dgn husband,dia kalu dah ngadap game..dunia seakan-akan ada dia sahaja..Anak menangis ke bertumbuk ke atau ada org datang ke bukan nye dia alert dah..huhuhu..

Khasiat Buah Delima

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.


Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Jumaat, 10 Februari 2012

Sedapnyer...


Teringin tul mkn laksa ni..terutama laksa yg adik ipar aku buat..buat sendiri tentu tak sedap..Hari mingggu tgh2 bulan bosan btol..nk shopping pun mls klu stakat window shopping..Ajak hubby gi kt laksa paradise kt puchong pun dia mls...aku mkn laksa dlm mimpi jer lah... :(